Home / National / Buat Pertama Kali Pertama Berlaku Hujan Di Puncak Ais Greenland.. Itu Adalah Petanda..

Buat Pertama Kali Pertama Berlaku Hujan Di Puncak Ais Greenland.. Itu Adalah Petanda..

Buat kali pertama hujan terjadi di puncak ais Greenland dan itu petanda kur4ng ba!k

Huj4n di puncak tertinggi litupan ais di Greenland direkodkan buat kali pertama minggu lalu, sekali gus mencetus petanda yang memb!mbangkan iaitu kemungkinan lapisan ais yang mencair pada kadar pantas.

Perkara itu didedahkan oleh sekumpulan saintis pada Jumaat, lapor Reuters.
“Itu bukan tanda yang sih4t untuk kawasan yang dilitupi ais. Air yang jatuh ke atas ais adalah berit4 bur0k. Ia menjadikan permukaan lapisan ais itu lebih cenderung untuk mencair,” ujar pakar glasiologi dari Lamont-Doherty Earth Observatory, Universiti Columbia, Indrani Das.

Bukan sahaja air lebih hangat berbanding salji, ia juga kelihatan lebih gelap, maka ia menyerap lebih banyak cahaya matahari berbanding memantulkannya kembali.

Kesan ais yang mencair itu akan mengalir ke laut, seterusnya mengakibatkan paras air laut meningkat.
Buat masa ini sahaja, kesan cairan ais dari Greenland – lapisan ais kedua terbesar dunia selepas Antartika – telah menyebabkan 25 peratus kadar kenaikan laut global sepanjang beberapa dekad lalu.
Kejadian itu dijangka terus berlaku, seiring peningkatan suhu global.

Hujan telah dikesan terjadi selama beberapa jam di litupan ais di puncak setinggi 3,216 meter pada 14 Ogos lalu, di mana suhu kekal lebih tinggi dari paras beku selama sembilan jam, kata saintis dari Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan, Amerika Syarikat.

Suhu di puncak itu hampir tidak pernah berada lebih tinggi dari paras beku, namun kini sudah terjadi tiga kali dalam tempoh kurang sedekad. Secara keseluruhan, 7 bilion tan hujan berlaku di seluruh Greenland selama tiga hari, dari 14 Ogos hingga 16 Ogos, sekali gus menjadi jumlah tertinggi direkodkan sejak tahun 1950.

Kejadian hujan yang memecahkan rekod itu adalah tanda am4ran terkini tentang kesan perubahan iklim yang menjejaskan litupan ais di Greenland. Pada Julai lalu, pencairan ais besar di Greenland sudah cukup untuk meningkatkan paras air seluruh negeri Florida sehingga 5 sentimeter.
Kejadian itu dan juga hujan yang baru saja terjadi adalah disebabkan corak kitaran udara yang hangat dan lembap menyelubungi pulau tersebut.

“Kejadian hujan di ouncak Greenland bukan hal yang terpencil. Ia membawa risiko b4njir, keb4karan dan banyak lagi hal ekstrem lain,” tegas saintis Twila Moon.

Sumber artikel dan gambar: Astro Awani.com

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami di https://www.facebook.com/cantikyangabadi

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *