Home / National / Dato’ Seri Ismail Sabri Telah Diperkenan Oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Untuk Dilantik sebagai Perdana Menteri

Dato’ Seri Ismail Sabri Telah Diperkenan Oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Untuk Dilantik sebagai Perdana Menteri

Dato’ Seri Ismail Sabri Telah Diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Untuk Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-9.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Jumaat berkata, Istiadat Perngurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan dijadualkan pada 21 Ogos (Sabtu) pada jam 2.30 petang di Istana Negara.

“Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9,” memetik kenyataan yang dikongsi di media sosial Istana Negara pada Jumaat.

Beliau memaklumkan, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri adalah dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.

Kenyataan itu dikeluarkan pasca Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung selama dua jam setengah bermula pada jam 2.30 petang tadi.

Dalam perbincangan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu, susulan daripada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yaakob pada 16 Ogos lalu.

“Proses ini adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka Baginda semasa sesi menghadap bersama ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama negara pada 17 Ogos 2021 di mana kesemua 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah diminta untuk menyatakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan (statutory declaration).

“Pencalonan bakal Perdana Menteri menerusi surat-surat akuan tersebut adalah dengan tujuan untuk membantu Seri Paduka Baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” memetik kenyataan itu.

Tahniah pelantikan Dato’ Seri semoga dengan pelantikan ini tiada lagi perebutan kuasa berlaku dan negara di rahmati Allah SWT.

Sumber : Sinar harian & Astro Awani & Facebook IstanaNegaraOfficial
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/156697/BERITA/Nasional/Agong-berkenan-melantik-Ismail-Sabri-sebagai-Perdana-Menteri

Artikel Penuh: https://www.astroawani.com/berita-politik/agong-perkenan-lantik-ismail-sabri-sebagai-pm-ke9-315120

Newshub24 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peibadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *