Dalam senarai kabinet baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi telah menamakan semula Tengku Datuk Seri Zafrul sebagai Menteri Kewangan Malaysia. Ianya juga disahkan melalui perkongsian yang dibuat oleh Tengku Zafrul sendiri melalui laman Facebook milik beliau, namun yang menarik perhatian adalah bila beliau turut kongsikan petikan dari Hadis Riwayat Bukhari seolah-olah membuat pesanan kepada dirinya sendiri agar menjadi pemimpin sepertimana yang disyariatkan dalam Islam. Ikuti coretannya melalui laman facebook Tengku Zafrul.
“Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, di atas kepercayaan beliau melantik saya sebagai Menteri Kewangan.
Sesungguhnya tanggungjawab ini adalah amanah yang sangat besar dan InsyaAllah, saya dan #TeamMOF, serta agensi-agensi di bawah MOF akan terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi Negara.
“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)”
Dalam tempoh b3liau sebagai Menteri Kewangan, beliau turut dilantik sebagai Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan strat3gi dan bantuan serta mengambil langkah intervensi yang proaktif dan bersesuaian dengan situasi pandemik Covid-19.
Di bawah Kementerian Kewangan (MoF), Tengku Zafrul turut bertanggungjawab untuk pelan pemulihan serta Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana).
Sepanjang temp0hnya di kementerian, kerajaan telah melaksanakan lapan pakej bantuan dan rangsangan ek0n0mi bernilai RM530 bilion untuk menangani krisis kesihatan sejak pandemik C0vid-19 diumumkan tahun lalu.
Pakej rangsangan ek0n0mi itu ialah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin PKS (Tambahan), pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), Pemerkasa Tambahan serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).
Tengku Zafrul yang berusia 48 tahun dilahirkan di Kuala Lumpur pada 25 Jun 1973, menerima pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sebelum melanjutkan pelajaran di University of Bristol, United Kingd0m dan memiliki Ijazah Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan.
Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (MA) dalam bidang Kewangan dan Pengurusan daripada University of Exeter serta Fellow Chartered Banker dengan Asian Institute of Chartered Bankers.
Semoga perkongsian Datuk Seri Tengku Zafrul ini dapat menjadi panduan kepada beliau dalam melaksanakan tugas dan syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri. Semoga ekonomi negara terus berkembang dibawah pimpinan Datuk Seri seterusnya dapat mengembalikannya untuk kebajikan dan perkembangan ekonomi rakyat.
Sumber : Laman Facebook Tengku Zafrul & Harian Metro
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/