Home / National / Fokusnya adalah ingin bersama keluarga, namun sempat lagi jadi Sukarelawan PPV dan sumbang pula Bakul Makanan…

Fokusnya adalah ingin bersama keluarga, namun sempat lagi jadi Sukarelawan PPV dan sumbang pula Bakul Makanan…

Fokusnya adalah ingin bersama keluarga, namun sempat lagi jadi Sukarelawan PPV dan sumbang pula Bakul Makanan

“F0kus saya pada masa ini adalah untuk bersama keluarga,” itu reaksi bekas Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika ditanya pemberita sama ada beliau sedia berkhidmat sekiranya dipanggil kembali oleh kerajaan Pusat.

Tengku Zafrul berkata, beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga kerana mereka telah memberi sokongan dan cukup memahaminya, terutamanya ketika dia bekerja dalam bidang k0rporat dan juga semasa saya sebagai Menteri Kewangan.

“Kini saya ada masa untuk mereka… fokus saya pada masa ini untuk bersama, habiskan lebih masa dengan keluarga dan kawan-kawan saya,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Sumbangan kepada Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) di Pusat Latihan Selangor FC, hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, apa sahaja perancangan yang akan dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas ini seharusnya disokong, kerana beliau percaya Perdana Menteri pastinya akan menolong rakyat dalam mengharungi cabaran COVID-19.

“Saya percaya Perdana Menteri akan membentuk Kabinet yang akan dapat membantu rakyat kita untuk mengharungi cabaran COVID-19. “Saya percaya apa sahaja yang Perdana Menteri baharu kita akan lakukan, adalah sesuatu yang perlu kita sokong dan kita patut beri sokongan supaya kita sebagai rakyat Malaysia dapat berganding bahu, bekerja bersama-sama memerangi COVID-19,” katanya.

Terdahulu sebanyak 1,000 bakul makanan sumbangan Tengku Zafrul bernilai RM80,000 diserahkan kepada YRMS dan ia akan diagihkan antaranya kepada Selangor Youth Community (SAY); Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Persatuan Bolasepak Selangor dan Selangor FC.

Sumber Gambar dan Artikel: Astro Awani & Bernama

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami di https://www.facebook.com/cantikyangabadi

 

About admin

Check Also

24 orang anaknya pelajar sekolah pondok dan terlibat dengan pertandingan Hafazan al-Quran

Perkongsian kisah kejayaan ibubapa berjaya mendidik 24 orang anaknya dengan didikan agama Islam. Subhaanallah, 24 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.