Home / National / Isr4el berterima kasih pada P4lestin hantar b0mba bantu padam keb4karan

Isr4el berterima kasih pada P4lestin hantar b0mba bantu padam keb4karan

Keb4karan besar di hutan bukit berdekatan Baitulmaqdis berjaya dikawal, setelah pasukan bomba Isr4el yang turut dibantu anggota P4lestin dan Tentera Udara Isr4el berusaha memadamkan kebakaran selama tiga hari.

Pasukan bomba Isr4el mendakwa, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kebakaran terburuk di wilayah Baitulmaqdis itu selama bertahun-tahun.

Penduduk yang dipindahkan dari beberapa komuniti kecil telah kembali ke kediaman pada Isnin, dan Isr43l menarik balik permintaan untuk sokongan udara antarabangsa bagi memadamkan kebakaran di kawasan seluas lebih 4,200 ekar itu.

Perkhidmatan bomba Isr4el dalam satu kenyataan mendakwa, setelah 52 jam mengawal api, semua kawasan terbabit kebakaran di sekitar Baitulmaqdis dapat dikawal.

Ratusan keluarga dipindahkan dari 10 kampung di sebelah barat bandar sepanjang tempoh tiga hari itu. Bagaimanapun tiada korban jiwa dilaporkan.

Kebakaran yang berlaku pada Ahad itu menyebabkan kepulan asap besar memenuhi ruang udara di seluruh bandar.

Operasi memadam kebakaran turut disertai beberapa trak bomba daripada Pihak Berkuasa P4lestin (PA) yang mengambil bahagian sejak Selasa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin PA (Mahmoud) Abbas atas inisiatifnya menghantar anggota bomba untuk membantu Isr4el.

“Keprihatinan ini dan menyelamatkan ny4wa manusia adalah kepentingan bersama bagi kita semua,” kata Menteri Pertahanan Isr4el, Benny Gantz dalam satu kenyataan.

Sumber: Ismaweb.net

Newshub24 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peibadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *