Pendapat muktamad dalam mazhab Syafi’ie menjelaskan i’stikharah menggunakan al-Quran hukumnya adalah makruh.
Ada dalam kalangan masyarakat Islam yang melakukan i’stikharah dengan membuka al-Quran secara rawak kemudian melihat pada mana-mana ayat dan membaca terjemahannya sebagai mencari jawapan kepada pers0alan yang timbul dalam diri.
Sekiranya terjemahan itu menceritakan perkara yang baik, maka perkara yang terdetik di dalam hati diteruskan dan jika sebaliknya ia ditinggalkan.
Bagaimanapun adakah cara membuka al-Quran secara rawak sebagai i’stikharah ini sah dalam Islam?
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah menjelaskan i’stikharah dari sudut istilah feqah membawa maksud permintaan kepada Allah SWT agar diberi petunjuk dalam memilih sesuatu perkara yang terbaik.
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa: (Maksudnya:) Mem0h0n diberi pertunjuk yang terbaik dalam dua perkara bagi sesiapa yang menginginkan salah satu daripadanya.
Ada yang menggunakan al-Quran sebagai istikharah untuk mencari jawapan kepada permasalahan yang dilalui.
Menjawab persoalan yang diajukan, Dr Luqman berkata, istikharah dengan membuka lembaran al-Quran secara rawak bertujuan untuk mencapai matlamat tertentu atau hasil jawapan dari istikharah telah dibincangkan oleh para ulama di dalam kitab-kitab turath Islam.
Menurut cara yang diamalkan itu, boleh dikatakan ia merupakan konsep istikharah dengan menggunakan al-Quran, maka para ulama mengkategorikan sebagai tafa’ul iaitu optimis atau menaruh harapan untuk mendapat kebaikan terhadap sesuatu.
Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Mawardi di dalam karyanya: (Maksudnya:) al-Fa’lu adalah memperkuatkan keazaman, dorongan ke atas kebaikan dan pertolongan mencapai sesuatu matlamat.
Istikharah juga disebut sebagai Tafa’ul dengan menggunakan al-Quran yang diamalkan ini terdapat pelbagai cara dan variasi. Namun ia tidak mempunyai sandaran dalil atau nas yang jelas dan sahih di dalam syarak. Perkara ini seperti yang disebut oleh Imam al-Alusi di dalam karyanya:
Maksudnya: Istikharah dengan al-Quran serta boleh disebutkannya juga sebagai tafa’ul dan bagi mereka (yang bertafa’ul) terdapat pelbagai cara yang bermacam-macam. Jelas bahawa perkara ini tiada dalil tentang pensyariatannya.
Dr Luqman Abdullah menjelaskan perbuatan itu tidak terdapat dalil dan nas khusus serta sahih yang menceritakan berkenaan dengannya dan para ulama turut berbeza pandangan dalam isu ini iaitu haram, makruh dan harus.
Solat Istikharah
Kaedah yang betul adalah dengan melakukan solat sunat dua rakaat
Namun menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’ie, Dr Luqman menjelaskan hukumnya adalah makruh.
“Oleh itu, dalam menghadapi situasi ini setiap muslim perlu bersikap lebih warak iaitu meninggalkan amalan ini kerana sebahagian ulama mengharamkannya.
“Bahkan di sisi mazhab Syafi’ie hukumnya adalah makruh yang memberi makna perbuatan yang sia-sia, malah tiada ganjaran dan apa-apa fadilat. Justeru itu, lebih baik ditinggalkannya,” katanya menerusi artikel diterbitkan dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Tuntasnya, umat Islam perlu menghidupkan amalan istikharah dengan cara yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW iaitu solat istikharah dan berdoa kepada Allah SWT disamping meminta nasihat dari individu yang berpengalaman.
Konsep beristikharah berdasarkan syarak
Istikharah dengan membuka al-Quran secara rawak tidak terdapat nas sahih yang menyebut tentangnya. Bahkan sekiranya ia digunakan sebagai kepercayaan untuk menilik terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan maka ia adalah haram dan menyerupai perbuatan ahli sihir dan penilik nasib.
Oleh itu, seseorang yang ingin beristikharah maka disunatkan melakukan solat sunat Istikharah kemudian diiringi dengan doa kepada Allah SWT sebagaimana yang diajar oleh Baginda SAW. Perkara ini disaran oleh Syeikh ‘Atiyah Saqr melalui fatwanya:
Maksudnya: Setiap daripada perkara ini (istikharah menggunakan al-Quran) tidak terdapat khabar yang sahih yang mengharuskannya. Istikharah yang disyariatkan diketahui iaitu dengan melakukan solat dua rakaat, kemudaian berdoa selepasnya dengan doa yang telah diajar dari Nabi SAW.
Hal ini bertepatan dengan saranan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah Ranhuma, katanya:ِ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajar kami Istikharah dalam segenap perkara sepertimana Baginda mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda: Apabila seseorang daripada kamu berazam untuk melakukan sesuatu perkara maka dirikanlah solat dua rakaat selain daripada solat fardu.
Sumber : mstar.com.my
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/