Home / Islamik / Ringankan Mulut Lafazkan Ucapan Takziah Pada Individu Dilanda Ujian Walau Tidak Dikenali, Akhirat Nanti Allah Pakaikan Kita Pakaian Kemuliaan

Ringankan Mulut Lafazkan Ucapan Takziah Pada Individu Dilanda Ujian Walau Tidak Dikenali, Akhirat Nanti Allah Pakaikan Kita Pakaian Kemuliaan

Mus!bah kita tidak akan jangka bila akan datang. Namun, segala musib@h itu adalah tanda amaran kepada kita untuk meninggalkan kemungk@ran dan kembali bertaubat kepada Allah SWT.

Saban hari, kita membaca kes-kes kemat!an dan pemergian orang di sekeliling kita. Sama ada ia melibatkan diri kita, ipar duai kita, jiran tetangga mahupun sesama muslim. Masa yang sama, kita juga mungkin berat mulut untuk mengucapkan salam takzi@h pada keluarga diuji kesus@han atau kemat!an atas alasan, kita tidak mengenalinya atau tidak pernah bertemunya langsung. Kata orang tiada kena mengena pun.

Namun tahukah, walau kita tidak mengenali ahli keluarga yang dilanda uj!an itu, rebutlah untuk ucapkan salam takz!ah buat mereka yang dilanda musib@h ini. Ini kerana, hukum mengucapkan takz!ah adalah sunat yang dituntut.

Tahukah dengan hanya mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) saat kita mendengar berita kemat!an atau ujian itu, Allah akan pakaikan kita pakaian kemuliaan di hari akhirat kelak.

Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takz!ah kepada saudaranya disebabkan suatu musib@h melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari ki@mat kelak.”(Riwayat Ibn Majah – 1601)

Takzi@h dari sudut bahasa merujuk kepada : “Memberikan ketenangan kepada keluarga si mat! dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jen@zah si mat! yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa mus!bah.”

Masa yang sama juga, ucapan takzi@h kepada individu yang kita kenal atau tidak kenal itu adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar menghadapi uji@n kala itu. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamanya.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah – 1/486)

Ucapan sebegitu menepati anjuran Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada aj@l (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahkanlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.” (Riwayat Al-Bukhari – 7377).

Jadi jangan berat mulut menyampaikan ucapan takzi@h walau pada individu tidak kita kenali.

Sumber: Kashoorga via majalahilmu & cikguking

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami di https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

 

About admin

Check Also

P3rginya tokoh Ulama Dunia Islam Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi,إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Dunia Islam dikejutkan dengan pem3rgian tokoh Ulama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi sepertimana yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *