Home / National / JOM SERTAI #QuranHour SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2021

JOM SERTAI #QuranHour SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2021

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-64 pada 31 Ogos ini, penganjuran Malaysia #QuranHour bagi edisi ke-7 akan dianjurkan dengan pengisian yang lebih bermotivasi bertemakan Formula Malaysia & Berbudi Penyayang.

Program Malaysia #QuranHour atau bacaan al-Quran secara serentak seluruh negara akan diadakan pada 30 Ogos depan bersamaan 21 Muharam 1443H selama sejam bermula 12 tengah hari hingga 1 petang di lokasi tersendiri atau kediaman masing-masing.

Malaysia #QuranHour yang diasaskan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), kali ini mengajak orang ramai untuk membaca dan mendalami tujuh formula kejayaan dari surah Musabbihat dan tiga motivasi dari surah Al-Mulk untuk difahami dan diamal bersama.

Antara tujuh surah itu seperti Al-Isra; Al-Hadid; Al-Hasyr; Al-Saff; Al-Jumuah; Al-Taghabun dan Al-A’la yang setiap satu memiliki syafaat dalam formula atau resolusi untuk kejayaan akhir zaman. Ia seperti syafaat untuk diri, keluarga, komuniti, organisasi, negara dan dunia.

Bagi orang ramai yang ingin turut serta dalam majlis itu, mereka boleh mendaftar hotspot bit.ly/MGH1443H.

Peserta juga boleh berkongsi gambar-gambar ketika penyertaan majlis itu dan dimuatnaik ke dalam media sosial Facebook peribadi dengan meletakkan tanda pagar MALAYSIA#QURANHOUR. Gambar yang dimuatnaik haruslah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan penjarakkan fizikal dan menggunakan pelitup muka).

Sumber Artikel dan Gambar: Sinarislamplus.sinarharian.com

Newshub24 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peibadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com

About admin

Check Also

24 orang anaknya pelajar sekolah pondok dan terlibat dengan pertandingan Hafazan al-Quran

Perkongsian kisah kejayaan ibubapa berjaya mendidik 24 orang anaknya dengan didikan agama Islam. Subhaanallah, 24 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.