Home / National / Kata Penyelidik Antibodi Binatang Ini Berkemungkinan Mampu Hentikan Penularan Varian C0vid-19

Kata Penyelidik Antibodi Binatang Ini Berkemungkinan Mampu Hentikan Penularan Varian C0vid-19

Antibodi llama mampu hentikan penularan varian COVID-19 dalam ujian makmal

Ilama adalah sejenis binatang seperti unta, tetapi tidak mempunyai bonggol, berasal dari Amerika Selatan, biasanya digunakan untuk pengangkutan dan dijadikan bahan makanan oleh masyarakat Andean sejak era pra-hispanik lagi.

GHENT: Antibodi Ilama kemungkinan besar akan memainkan peranan gl0bal dalam memerangi C0VID-19.Ini sekiranya ujian klinikal dijalankan syarikat bi0perubatan Belgium berjalan lancar seperti dijanjikan, lap0r Reuters.

Penyelidik dari Pusat Bi0teknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent berkata, antib0di yang diekstrak daripada seek0r Ilama yang dikenali dengan nama “Winter” itu telah berjaya mematikan penularan kor0navirus termasuk variannya dalam ujian makmal.

“Tekn0logi yang merupakan kemajuan terbesar ini dilihat dapat menambah baik peranan vaksin dalam melindungi orang ramai yang mempunyai sistem imunisasi lemah, selain merawat individu dijangkiti di h0spital,” kata Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago.

“Antib0di Ilama yang luar biasa kecil dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein v!rus, dan kami tidak nampak mutasi pada kadar tinggi di situ,” katanya.
Antib0di juga menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular, tambahnya.

Para penyelidik menjangkakan ujian klinikal terhadap sukarelawan sihat yang dimulakan minggu lalu akan menunjukkan kesan yang sama.

Menurut Ketua Kumpulan VB-UGent, Xavier Saelens, sepertimana llama dan spesies unta lain, Winter menghasilkan versi antib0di yang lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan berbanding mamalia lain.

“Saiznya yang kecil membolehkan ia mencapai sasaran, hingga ke bahagian virus yang sukar diakses antib0di konvensional,” ujarnya.

Pencarian rawatan C0VID-19 itu susulan kajian pada 2016 mengenai antib0di llama untuk melawan kor0navirus SARS dan MERS.

Pada 2018, syarikat farmaseutikal Perancis, San0fi membayar 3.9 bilion euro kepada Ablynx, sebuah syarikat perubatan yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan antib0di llama.

Sementara itu, Winter, yang antib0dinya kini dapat dihasilkan semula di makmal, sedang menikmati ‘persaraan’ di taman seni dan haiwan swasta di Genk.

Sumber: Astro Awani

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *