“Kongsi je Ib selagi boleh kongsi sebab kenangan dan kesedihan ni bukan boleh simpan Sorang2.. Nasihat Netizan pada Shuib
Menerusi entri ‘story’ Shuib, beliau ada berkongsi dengan pengikut halaman instagram nya, wajah anak anak nya.
Alhamdulillah semua dalam keadaan baik baik sahaja, ramai yakin dan percaya Shuib selaku ayah akan terus kuat dalam membimbing keluarga kearah kebaikan dan kesejahteraan.
Juga, Shuib ada juga berkongsi klip nyanyian nya dengan lagu yang berjudul Ku Tak Bisa, rata rata ramai memberi komen membina dan positif pada Shuib.
Video anak-anak:
Antara komen komen netizen:
“Korang jgn risau, Shuib akan terus kuat demi anak anak dan mak dan kekuarga beliau… Cuma shuib nk berkongsi moment moment indah bsama org yg dia paling sayang untuk berkongsi dgn peminat peminat….sesiapa pun sukar nk lalui apa yg shuib tgh lalui skrng.. Stay strong Eib..”
“Kongsi je ib selagi boleh kongsi sebab kenangan Dan kesedihan ni bukan boleh simpan Sorang2. Kita kena share and bila kita share, ramai yang bagi semangat Dan salah satu semangat tu datang dari orang sekeliling jugak tak kira jauh atau pun dekat. Mental kita ni akan koyak teruk bila kehilangan salah sorang pendamping yg paling kita sayang. Jadi, kalau tak nak mental ni bawak kita ke Jalan yang memesongkan, sebaiknya kongsi kesedihan bersama yg lain agar kita merasa kita tidak bersendirian..”
Terdahulu, Shuib mengakui, ada ketikanya dirinya goyah kerana menyedari wanita kesayangannya itu tidak akan kembali lagi.
“Tak dinafikan, perasaan ‘koyak’ apabila pandang wajah anak-anak. Saya dapat rasakan arwah sentiasa ada di sisi.
“Perasaan rindu sangat kuat apabila arwah tiada. Anak sulung, Uwais Alqarni banyak mewarisi arwah.
“Jika rindu, wajah Uwais yang akan ditatap untuk mengubat kerinduan,” kata Shuib.
Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan.
Dalam perkongsian yang lain sebelum ini, Shuib juga ada meminta supaya tidak mengeluarkan lagi gambar dan video Arwah yang tidak menutup aurat.
“Saya ada permintaan mohon tidak mengeluarkan lagi gambar dan video Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
“Saya juga memohon kepada yang sudah memuat naik di media sosial agar mengeluarkan kembali foto dan video tersebut,” ujarnya.
Ahli kumpulan Sepahtu itu berkata demikian menerusi laman sosial Instagram miliknya pada malam Ahad.
Selain itu, Shuib juga meminta orang ramai berhenti menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan.
“Cukup kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah” ujarnya.
Saya ada permintaan mohon tidak mengeluarkan lagi gambar dan video Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Utube & IG Shuib & transformasi
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/