Perkongsian berita berkaitan penemuan sebuah ‘Kota Emas’ berusia 3000 Tahun Yg Hilang Di bawah Padang Pasir Kini telah ditemui oleh penyelidik. Ikuti penjelasan lanjut…
KAHERAH – Ahli-ahli arkeologi kelmarin memuji penemuan kota purba paling besar di Mesir yang tertanam di bawah padang pasir selama 1,000 tahun, manakala pakar-pakar menyifatkannya antara penemuan paling signifikan sejak makam F!raun Tutankhamun dijumpai pada tahun 1922.
Pakar sejarah Mesir, Zahi Hawass mengumumkan penemuan ‘kota emas’ itu dan berkata, tapak tersebut ditemui dekat Lux0r yang menempatkan Lembah Para Raja.
“Misi ekskavasi Mesir di bawah kelolaan Zahi Hawass menemui kota kuno yang hilang di bawah padang pasir.
“Kota itu berusia 3,000 tahun dan wujud ketika era pemerintahan F!raun Amenhotep III dan terus digunakan oleh F!raun Tutankhamun dan F!raun Ay,” kata pasukan arkeologi tersebut dalam satu kenyataan.
Mereka menganggap penemuan tersebut sebagai kota purba paling besar pernah dijumpai di Mesir.
Betsy Bryan yang merupakan Professor Seni dan Arkeologi Mesir dari Universiti Johns Hopkins berkata, penemuan arkeologi itu adalah yang kedua paling penting sejak penemuan makam Tutankhamun.
Barang kemas seperti cincin ditemui bersama periuk belanga, tangkal dan bata tertera cap mohor Amenhotep III. “Banyak misi arkeologi asing mencari kota ini tetapi mereka tidak pernah menemuinya,” kata Zahi Hawass yang juga bekas Menteri Antikuiti Mesir.
Pasukan tersebut memulakan ekskavasi pada September 2020 di sebuah lokasi di antara kuil Ramses II dan Amenhotep III dekat Luxor, sekitar 500 kilometer ke selatan ibu negara Mesir, Kaherah.
“Dalam masa beberapa minggu saja, formasi bata mula muncul dari segenap arah.
“Apa yang mereka temui adalah tapak sebuah kota purba besar yang berada dalam keadaan terpelihara dengan dinding-dinding dan perkakasan yang digunakan dalam kehidupan harian berada dalam keadaan hampir sempurna,” katanya.
Amenhotep III mewarisi empayar luas yang bermula dari Sungai Euphrates hinggalah ke Sudan, kata pakar-pakar arkeologi dan meninggal dunia sekitar 1,354 tahun sebelum masihi.
F!raun itu memerintah selama hampir empat dekad dengan pemerintahannya dikenali kerana pembinaan monumen besar dan hebat termasuk Colossi of Memnon iaitu dua patung batu dekat Luxor yang mewakili dirinya dan isterinya, Permaisuri Tiye. – AFP
sumber gambar dan artikel: kalamindah.com
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/