Home / National / Misi Bantuan Team Ustaz Ebit Lew Bersama AJK Masjid Di Yan Kedah

Misi Bantuan Team Ustaz Ebit Lew Bersama AJK Masjid Di Yan Kedah

Misi Bantuan Team Ustaz Ebit Lew

Kami ziarah rumah mantan Imam berumur 90an. yang hilang dibawa air. Beri sedikit kata semangat dan doa serta sedikit sumbangan buat isterinya dan ahli keluarga. Sayu dengar Imam ini tak boleh bangun.

Keluarga yang mandikan dan uruskannya. Rumah ni masih selamat asbab Allah lindung dengan pokok besar. Jika tak langsung tiada tempat berpaut dan lain-lain. Dengar anak kecil cucunya bersangkut dekat dahan.

Semoga Allah beri pahala syahid buatnya. Allah beri kekuatan buat ahli keluarganya. Semoga Allah beri ketabahan buat penduduk disini. Kami bersama Masjid Jamek Yan dan Masjid disini. Terima kasih ajk masjid di Yan. Terima kasih pihak kerajaan dan semua ngo dan penduduk kampung yang saling bantu membantu.

Sebelum itu, kejadian hujan yang ekstrem pada petang Rabu adalah punca fenomena kepala air di kawasan Gunung Jerai sehingga menyebabkan berlakunya banjir lumpur di Kuala Muda dan Yan, Kedah.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, Stesen Hujan Gunung Jerai merekodkan bacaan kumulatif 281milimeter (mm) dan 172mm dicatatkan di Stesen Hujan Kampung Singkir Genting dalam kejadian jam 2.30 petang.

Menurut beliau, dalam tempoh satu jam, jumlah kumulatif tertinggi hujan direkodkan adalah 91mm.

“Berdasarkan rekod pada jam 6 petang, hujan melebihi 50 tahun Average Recurrence Interval (ARI).

“Kemuncaknya ialah pada jam 8 malam iaitu melebihi 70 tahun ARI bagi jumlah hujan 278mm,” katanya.

Zaini berkata, kejadian itu telah menyebabkan berlakunya banjir lumpur dengan kedalaman 0.1 hingga 1.5 meter di daerah berkenaan.

Akhir Kata

Mogo Semua Urusan Team Ustaz Dipermudahkan dan diredhohi Allah Yang Maha Kuasa.

Insyaallah,

Sumber dan Rujukan

FB:Ebit Lew & SinarHarian.com.my

Newshub24 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peibadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *