Home / National / Nak Bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubay Bin Khalaf di Akhirat?

Nak Bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubay Bin Khalaf di Akhirat?

Berat sungguh dosa orang yang tak solat. Semoga kita dan anak keturunan kita selamat daripada musibah yang disebut hadith ini:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ ذَكَرَ الصَّلَاةَ يَوْمًا فَقَالَ مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلَا بُرْهَانٌ وَلَا نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ

Ertinya: Abdullah bin ‘Amru menceritakan, pernah suatu hari Nabi SAW menyebut tentang solat. Baginda pun bersabda: “Sesiapa yang menjaga solat, ia akan menjadi cahaya, petunjuk dan (sebab) kejayaan (baginya) pada hari kiamat. Manakala sesiapa yang tidak menjaganya, (maka) tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan (dalam hidup dunia dan akhirat). Bahkan pada hari kiamat kelak dia akan DITEMPATKAN BERSAMA FIRAUN, QARUN, HAMAN DAN UBAY BIN KHALAF (Musuh Rasulullah SAW semasa di Mekah) (Musnad Ahmad, Sunan al-Darimi, Sahih Ibn Hibban).

Ketika menghuraikan hadith ini, para ulama’ menyatakan sebab orang yang tidak solat bakal dibangkit bersama mereka berempat adalah mereka meninggalkan solat kerana HARTA, KUASA, PANGKAT DAN PERNIAGAANNYA (KERJAYA).

Jika dia terlalu sibuk dengan harta sehingga meninggalkan solat maka dia akan dibangkitkan bersama Qarun. Jika dia terlalu sibuk dengan kuasa sehingga meninggalkan solat maka dia akan dibangkitkan bersama Firaun.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Jika dia terlalu sibuk dengan pangkat sehingga meninggalkan solat maka dia akan dibangkitkan bersama Haman dan jika dia terlalu sibuk dengan perniagaan (kerja) sehingga meninggalkan solat maka dia akan dibangkitkan bersama Ubay bin Khalaf (peniaga kafir Mekah) (al-Kaba’ir oleh Imam al-Dhahabi dalam huraian DOSA BESAR MENINGGALKAN SOLAT).

Jagalah solat kerana ia tiang agama yang membezakan antara seorang beriman dan kufur.

Abdullah Bukhari
21 Julai 2019

Sumber:Islamituindah.my

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *