Home / National / Pem1l1han PM: Mesyuarat Majlis Raja-Raja kini berlangsung

Pem1l1han PM: Mesyuarat Majlis Raja-Raja kini berlangsung

Pem1l1han PM: Mesyuarat Majlis Raja-Raja kini berlangsung

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang berlangsung, di Istana Negara.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah, tiba lebih awal di pintu utama di sini, pada pukul 2.10 petang. Baginda dilihat menaiki menaiki kereta jenis Audi diiringi beberapa motosikal polis dan kenderaan lain.

Ketibaan baginda disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, tepat pukul 2.30 petang tadi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hadir dalam mesyuarat sama.

Hal itu berikutan, pintu utama Istana Negara sudah ditutup dan kelibat Raja-Raja Melayu selebihnya belum kelihatan.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hari ini dilihat sebagai proses akhir sebelum Seri Paduka menentukan pemimpin p0litik yang benar-benar layak dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Dilaporkan, Seri Paduka dijangka mendedahkan calon berkenaan daripada pelbagai parti politik selepas proses undian semua ahli Parlimen dilakukan dengan menyerahkan surat akuan kepada Istana Negara mengenai calon ketua kerajaan yang dis0kong mereka.

Semalam, Seri Paduka berkenan menerima menghadap ahli Parlimen dari parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan menyokong Naib Presiden UMN0, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk rekod, Ismail Sabri didakwa mendapat sokongan maj0riti seramai 114 ahli Parlimen berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat 105 s0kongan wakil rakyat.

Muhyiddin dan seluruh Kabinet baru-baru ini menyembah maklum surat peletakan jawatan kepada Seri Paduka selepas 15 ahli Parlimen UMN0 menarik semula s0kongan mereka.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Newshub24 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peibadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *