Pembaca meter TNB C3dera D!gigit Anj!ng
Dalam mencari rezeki kita tak lari daripada menghadapi kesulitan semasa menjalankan tugasan atau amanah yang diberikan. Begitulah yang dihadapi oleh seorang pembaca berita TNB ini yang dikongsikan melalui laman berita Mymetro.
Perkongsian tersebut mencoretkan seorang pembaca meter elektrik TNB, dilaporkan c3dera selepas digig!t anj!ng ketika bertugas di Jalan Api-api 1, Taman Megah Ria, Johor Bahru, tengahari semalam.
Pasir Gudang: Pembaca meter elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), c3dera selepas tangan kanannya dig!git anj!ng ketika sedang membuat bacaan meter elektrik di Jalan Api-api 1, Taman Megah Ria, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada 12.05 tengah hari itu, mangsa, Mohd Faridzuan Nordin, 27, yang sedang menjalankan tugas, tiba-tiba diterkam seekor anj!ng yang meluru keluar apabila pintu pagar kecil sebuah rumah dibuka oleh cucu pemilik rumah berkenaan.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial semalam, mangsa dan anak pemilik anj!ng kemudian dilaporkan bergelut dengan anj!ng berkenaan beberapa minit bagi mententeramkan haiwan itu sebelum anj!ng berkenaan melepaskan gigitannya.
Mangsa yang kesakitan dan terkejut kemudiannya dilaporkan meminta bantuan di aplikasi WhatsApp dengan menghantar gambar dig!git anj!ng pada 12.15 tengah hari.
Berikutan itu, beberapa rakan sekerja mangsa segera datang ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan dan membawanya ke klinik berhampiran di Taman Megah Ria untuk mendapatkan suntikan dan rawatan susulan.
Insiden itu menyebabkan dia mengalami luka agak dalam akibat g!gitan di lengan tangan kanan, selain cedera pada ibu jari tangan kiri dan bahagian kaki kiri.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI), dekat sini untuk membuat pemeriksaan dan rawatan susulan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa pada hari sama kejadian berlaku.
“Pegawai penyiasat memaklumkan mangsa mengalami kecederaan namun tidak mengalami patah tangan seperti ditularkan.
“Mangsa mengalami luka di lengan tangan kanan dan ibu jari tangan kiri serta di kakinya.
“Bagaimanapun, mangsa secara suka rela menarik balik laporan itu selepas perbincangan dibuat oleh kedua-dua belah pihak. Kes diselesaikan dengan baik,” katanya.
Sumber gambar dan artikel: Elews Channel & mymetro
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/