Home / National / PERSEDIAAN MENGHADAPAI KEM4TIAN SENTIASA DITUNTUT DALAM ISLAM KE ATAS UMATNYA

PERSEDIAAN MENGHADAPAI KEM4TIAN SENTIASA DITUNTUT DALAM ISLAM KE ATAS UMATNYA

Saban hari, berita mengenai kematian sama ada ahli keluarga, sahabat terdekat mahu pun orang yang kita kenali makin banyak menghiasi ruangan s0sial media. Namun apakah persediaan sama ada dari segi mental dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan kematian ini yang perlu kita ketahui agar ianya dapat ditangani dengan baik dan mengikut tuntutan agam Islam. Sama-sama kita membaca coretan Dr. Muhaya Mohamad dalam laman BH Online.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan, “Yang singkat itu waktu, yang men!pu itu dunia, yang dekat itu adalah kem4tian, yang besar itu adalah hawa n4fsu, yang berat itu amanah, yang sulit itu adalah ikhlas, yang mudah itu adalah berbuat d0sa, yang susah itu adalah bersabar, yang sering dilupa adalah bersyukur.”

Demikianlah hakikatnya, hidup di dunia ini amat singkat, selepas m4ti kita akan hidup di alam kubur dan hidup yang kekal adalah di akhirat.

Kem4tian suatu yang menakutkan bagi orang yang lalai perintah -Nya. Saat akan m4ti, kita berhadapan dengan sakratulm4ut. Susah atau senang sakratulm4ut bergantung kepada amalan kita. Oleh itu, bagi menghilangkan rasa takut kepada kem4tian hendaklah kita mempertingkatkan amalan.

Manusia ini pelbagai sikapnya, seperti kata pepatah Melayu, “Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.” Ada tujuh peringkat sikap manusia, pertama ialah manusia
kehaiwanan, iaitu kehidupan manusia pada tahap akhlak paling rendah.

Kedua, manusia yang hidup dalam kesedaran ikut-ikutan. Manusia tidak ada pendirian, suka mengikut arus kehidupan atau mengikut apa yang orang ramai suka buat.

Ketiga, manusia yang menyedari dirinya seorang yang berbeza, unik dan terlalu berprinsip.

Keempat, manusia tidak tahu tujuan hidup, tidak ada keyakinan diri, malas mencuba dan cepat berputus asa.

Kelima, manusia yang hidup dengan disiplin sangat kuat, terlalu dominan dan teratur.

Keenam, manusia yang percaya disiplin memberi pengalaman hidup iaitu yang bercita-cita ingin berubah memperbaiki diri.

Ketujuh, manusia yang mengawal diri dan kehidupan dari dalam ke luar. Manusia makrifatullah, iaitu Allah SWT adalah segala-gala dalam hidup.

Kepelbagaian sikap itu meletakkan manusia pada tahap yang berbeza kedudukan serta hasil kehidupan semasa di dunia atau akhirat. Manusia makrifatullah mengutamakan mencari makna dan tujuan akhirat lebih daripada keduniaan.

Sesiapa yang tidak memberatkan akhirat hidupnya akan sukar di sana nanti. Hal ini pernah diperkatakan oleh Umar Abdul Aziz kepada Anbasah, “Seringlah mengingati m4ti, sebab jika hidupmu mudah, ia akan membuatnya sukar. Dan jika hidupmu sukar ia akan membuatnya mudah.”

Biarlah kita penat di dunia, memanfaatkan waktu untuk memperbanyak amal soleh, seperti sabda Nabi SAW: “Ambil kesempatan lima sebelum lima, iaitu sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum sibukmu, kayamu sebelum fakirmu, mudamu sebelum tuamu dan hidupmu sebelum m4timu.”

Meninggal mengejut

Apabila sampai waktunya, kita akan pergi ke alam abadi menemui Ilahi. Cara kem4tian dan bila itu menjadi rahsia Ilahi. Sakit dan tua bukan syarat untuk m4ti, ada meninggal dunia tanpa sebarang sakit, umurnya habis ketika tidur, ada meninggal secara mengejut kerana kemalangan.

Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: “Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati m4ti dan paling bersungguh-sungguh bersiap sedia. Mereka ialah orang yang benar-benar cerdik, mereka pergi (ke alam baqa) dengan membawa kemuliaan dan kemuliaan akhirat.”

Kemuliaan semasa hayat bukan sahaja hubungan kita dengan Tuhan, tetapi juga hubungan sesama insan. Sentiasa berkasih sayang dan menghargai antara satu sama lain terutama kepada orang yang banyak berjasa kepada kita, orang yang rapat dan penting dalam hidup (ahli keluarga).

Sentiasa bermurah hati memberi senyuman, mengucapkan sayang, berterima kasih, menghargai. Jauhi sikap berdendam, berdengki, berprasangka buruk dan berperasaan negatif supaya orang sekeliling berasakan ketika kita ada menguntungkan, ketiadaan kita satu kehilangan dan disebut-sebut kebaikan kita.

Perpisahan disebabkan kem4tian adalah sesuatu yang perit untuk diterima. Apatah lagi kem4tian yang tidak disangka-sangka, akan berbekas kesedihan mendalam dan berpanjangan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.

Jika tidak dikawal dan dirawat dengan baik, menyebabkan kemurungan berpanjangan. Berbanding kehilangan orang tersayang yang sakit berbulan-bulan, keluarga telah bersedia untuk menerima hakikat mereka akan kehilangannya.

Kesedihan itu berganda kerana kita berasa belum puas berkasih sayang, tiba-tiba disentap Allah SWT dalam keadaan kita tengah sayang dan belum bersedia untuk kehilangan mereka. Kedua, kita be-
rasa ralat dan terkilan. Jika tahu itu pertemuan terakhir, tentulah kita melakukan sesuatu terbaik untuknya.

Ketiga, kerana tidak ada peluang kedua. Kita mahu dia tahu kita amat menghargai dan menyayanginya tetapi tidak sempat dan berpeluang untuk menyatakannya. Sunnatullah, orang yang m4ti tidak akan kembali lagi ke dunia, sama seperti bayi yang dilahirkan tidak akan kembali ke perut ibunya.

Bagaimanakah hendak mentadbir takdir Allah SWT, menerima kematian orang tersayang? Percaya kepada qada dan qadar Allah SWT. Terima hakikat kita orang yang terpilih untuk menerima ujian daripada-Nya.

Pujuk hati sendiri menerima hakikat orang yang kita sayangi telah tiada. Menangislah, jangan ditahan air mata kerana menangis itu satu terapi. Tetapi, jangan sampai hilang punca hingga mempersoalkan ketentuan Allah SWT.

Terima hakikat

Lain orang lain penerimaannya. Ada yang kelihatan seolah-olah dia menerima hakikat kehilangan itu tetapi selepas seminggu atau lebih, dia tidak boleh men!pu dirinya, menafikan orang yang disayanginya telah tiada, ketika itu emosinya terganggu dan menangis semahu-mahunya.

Fahami makna kem4tian yang sebenar supaya kita boleh menerima hakikat ia hanya satu peralihan atau berpindah alam. Terima hakikat di mana kita bermula dan di mana kita berakhir. Walaupun, hubungan antara jasad berakhir, tetapi hubungan roh masih terjalin. Justeru, doakan mereka daripada anak yang soleh.

Peranan orang terdekat dan masyarakat untuk memulihkan semangat keluarga yang kem4tian orang tersayang. Dengar curahan hati mereka, cuba faham, berikan semangat dan jangan menghukum mereka dengan tuduhan tidak sepatutnya, apatah lagi menyebar fitnah di laman sosial.

Hidup lawannya m4ti. Beringatlah, jangan sampai tiba-tiba m4ut datang, segala-galanya sudah terlambat untuk menyesali apa yang telah kita kerjakan ketika hidup di dunia. Saidina Abu Bakar berkata, “Sesiapa masuk kubur tanpa bekalan, maka seperti mengharungi laut tanpa perahu!”

Sumber Artikel: bharian.com.my

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *