Home / National / Salam Takziah Buat Syamel dan Ernie Zakri

Salam Takziah Buat Syamel dan Ernie Zakri

Ibu penyanyi Syamel dan Ibu Mertua kepada Ernie Zakri, Wan Faaizah Karim, 55 menghembuskan nafas terakhir, jam 10.09 malam tadi selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak hampir sebulan lalu.

Berita pemergian arwah ibunya disahkan oleh Syamel kepada BH Online, sebentar tadi.

“Saya reda dengan pemergian arwah. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 10.09 malam tadi selepas lebih sebulan bertarung nyawa. Doktor sudah cuba melakukan yang terbaik, namun Allah lebih menyayanginya.

“Saya sangat sedih, apatah lagi, tidak dapat bertemu arwah ketika dirawat di hospital.


“Apapun, saya dan keluarga reda jika itu jalan yang terbaik buat arwah,” katanya.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly memaklumkan jenazah arwah ibunya akan dikebumikan pada tengah hari ini.

“Saya sedang menguruskan beberapa perkara berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan hospital dalam situasi pandemik COVID-19.

“Selepas itu, barulah jenazah arwah Umi akan dibawa ke surau berdekatan di kawasan kediaman.

“Insya-Allah, jenazah Umi akan dikebumikan pada tengahari,” kata suami kepada penyanyi, Ernie Zakri ini.

Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati ini turut berkongsi khabar duka menerusi laman Instagram (IG), sebentar tadi.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengikut termasuk rakan selebriti yang mendoakan Syamel dan keluarga tabah menghadapi ujian kehilangan itu.

Sumber Artikel dan gambar: Bharian.com.my

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *