“….Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila…”- UEL
Ustaz Ebit Lew dalam kemaskini terbaru di laman Fb miliknya telah memaafkan semua pihak yang melabelnya sebagai sy4itan, d4jal, b4bi, b0d0h, penunggang serta segala macam fitn4h dan kecaman yang menjatuhkan dirinya. Beliau turut memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah bapanya, isteri dan dan anak-anaknya.
“Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya dengan ini dari hujung rambut hingga ke hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja secara langsung atau tidak langsung atas apa yang berlaku ini.
“Niat saya hanya hendak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ya pada semua,” tulisnya hari ini.
Pendakwah disegani ramai itu turut berpesan kepada dirinya sendiri dan semua agar bersatu hati dan bersama-sama berdoa supaya Allah mengangkat musibah C0vid-19 di negara ini.
Beliau berkata, sengketa yang wujud tidak menguntungkan sesiapa melainkan sy4itan sedangkan ramai lagi orang miskin, anak yatim kelaparan selain ada yang hilang pekerjaan dan tiada tempat berteduh memerlukan bantuan.
“Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih kedua-duanya tidak untung. Tetapi yang untung ialah sy4itan.
“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya. Cukuplah sampai sini. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat ibu bapa saya,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online & Harian Metro
Newshub24 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peibadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com