Home / National / SELEBRITI TANAH AIR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIALNYA MEM3RANGI PANDEMIK.. SIAPA SELEBRITI TU?, JOM BACA…

SELEBRITI TANAH AIR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIALNYA MEM3RANGI PANDEMIK.. SIAPA SELEBRITI TU?, JOM BACA…

SELEBRITI TANAH AIR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL MEMBANTU MEM3RANGI PANDEMIK.. SIAPA SELEBRITI TU?, JOM BACA..

Pandemik C0vid-19 yang melanda negara sejak lebih lebih dari setahun lalu masih belum berjaya ditangani. Namun, kini giat dilakukan Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan (Pick) buat rakyat Malaysia.Banyak pusat pemberian vaksin (PPV) disediakan untuk memberi peluang rakyat Malaysia dan Warganegara Asing mendapatkan suntikan vaksin percuma. Malah, tenaga kerja sukarelawan juga diperlukan.

Menyedari tanggungjawab sosial diperlukan petugas barisan hadapan yang kekurangan tenaga kerja kerana masih berjuang menentang C0vid-19, ramai pihak yang menyumbangkan tenaga sebagai sukarelawan termasuklah dalam kalangan selebriti tanah air yang mengambil inisiatif menjadi sularelawan di PPV sejak Jun lalu hingga hari ini.

Bukan saja di PPV, ada antara mereka menjadi sukarelawan di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Klinik Kesihatan dan juga petugas yang membantu menguruskan jenaz4h C0vid-19.

Antara yang terbabit ialah Isma Yusoof, Aniq Suhair, Nurul Deep, Sherry Alhadad, Nazim Othman, Hafreez Adam, Mimi Lana, Daiyan Trisha, Amelia Handerson, Fizo Omar, Puteri Aishah dan ramai lagi.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar, 36, ketika diminta mengulas antaranya telah mengatakan,

“Setiap selebriti ada peminat mengikuti di media sosial. Jadi, dengan pengaruh pengikut yang ramai seperti di Instagaram, saya yakin dapat membantu kesedaran mengenai keutamaan vaksinasi ini,” katanya.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar antara selebriti terawal menjadi sukarelawan di PPV Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada Jun lalu.

Fizo menyifatkan pembabitan golongan selebriti sebagai sukarelawan membantu petugas barisan hadapan termasuk menyuntik kesedaran pada masyarakat terhadap pentingnya vaksin.

“Alhamdulillah, saya bersyukur mendapat tahu kini ramai selebriti berminat membabitkan diri sebagai sukarelawan di PPV. Bagi saya, ia perkara yang baik dan wajar disokong bagi membantu kesedaran pada masyarakat untuk ambil vaksin.

“Saya gembira dapat memberi sumbangan kecil ini kepada masyarakat. Pada masa sama, saya dapat pengalaman dan banyak ilmu baharu mengenai vaksin,” katanya.

Katanya, objektif utama kehadiran selebriti sebagai sukarelawan juga bertujuan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kesedaran vaksin.

“Kita nak tunjukkan bagaimana pengendalian vaksin dan menggalakkan juga orang awam yang lain menjadi sukarelawan di PPV,” katanya. Fizo berharap pembabitan selebriti sebagai sukarelawan lebih dipandang positif oleh netizen. Katanya, aktiviti sukarelawan oleh selebriti umpama khidmat masyarakat. ‘Cukuplah saya tahu niat saya’

“Saya selalu utamakan kerja dulu dan akan menolak sekiranya ada individu mahu bergambar selagi urusan kerja belum selesai.”

Demikian kata pelakon Amelia Henderson, 26, berhubung pembabitannya sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada Jun lalu.

Amelia berkata, dia komited dengan tugas sebagai sukarelawan, tapi jika ada kelapangan masa di PPV itu seperti ketika berehat makan tengah hari, tiada masalah baginya melayan permintaan orang awam yang menyedari kehadirannya ketika itu.

“Niat saya ikhlas nak jadi sukarelawan. Jadi, saya kena pastikan buat kerja dengan betul ketika itu dan bukan seorang selebriti. Lagipun, saya menjadi sukarelawan bukan untuk dapat perhatian netizen atau nak tunjuk kebaikan saya depan mereka (netizen), tapi saya buat memang sebab ikhlas nak bantu

“Pada saya netizen ada hak mereka beri komen masing-masing. Tapi, untuk kerja sukarelawan saya cukuplah saya tahu niat saya dan Tuhan tahu niat saya ketika bertugas di PPV itu,” katanya. Menurut Amelia, dia sebenarnya tidak terlalu ambil tahu sangat mengenai komen- komen berbaur negatif netizen di media sosial kerana sudah menetapkan pada diri atas niat apa dia jadi sukarelawan.

Bercerita mengenai pengalamannya, Amelia berkata, dia mendapat banyak kenangan menarik dan kehadirannya diterima baik semua sukarelawan di PPV UKM.

Katanya, dia mendapat bantuan petugas lain untuk apa saja perkara yang tidak fahami, termasuk diberi latihan awal.

“Cabaran dalam kerja tetap ada dan tak boleh dielak. Untuk saya, biasanya apabila nak urus kalau orang datang ambil vaksin pada satu-satu masa itu agak ramai dan saya kena cepat buat kerja bagi memastikan mereka yang datang itu dapat ambil vaksin.

“Namun yang pasti pembabitan sebagai sukarelawan atas kerelaan sendiri dan ada kelapangan masa sesuai. Ditambah, ada rakan yang mengajak, jadi sebagai individu sudah divaksin sepenuhnya saya rasa patut untuk buat apa saja yang boleh membantu beri kesedaran masyarakat,” katanya.

Sumber artikel dan gambar : Harian Metro (https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/745488/kami-ikhlas-tapi-kena-kutuk)

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami di https://www.facebook.com/cantikyangabadi

About admin

Check Also

24 orang anaknya pelajar sekolah pondok dan terlibat dengan pertandingan Hafazan al-Quran

Perkongsian kisah kejayaan ibubapa berjaya mendidik 24 orang anaknya dengan didikan agama Islam. Subhaanallah, 24 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.