Home / National / Setelah Bergelar Bekas Menteri Kewangan, Inilah Yang Dilakukan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Setelah Bergelar Bekas Menteri Kewangan, Inilah Yang Dilakukan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Bek4s Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sempat mengisi waktu lapang menawarkan diri sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PPV KLCC) hari ini.

Beliau menerusi perkongsian di akaun Facebooknya berkata, sebelum ini ada berhasrat untuk sertai kumpulan tersebut namun baru sekarang mempunyai kesempatan waktu.

Meskipun dikenali ramai namun gerak-gerinya nyata tidak kekok apabila ditugaskan membantu pengunjung terdiri daripada warga asing dan warga emas yang tidak begitu mahir dengan aplikasi mudah alih.


“Tugasan saya ialah untuk bantu pengunjung yang walk-in mendapatkan vaksinasi. Kebanyakan mereka warga asing dan warga emas yang tidak berapa mahir dengan aplikasi mudah alih, jadi kena tunjuk mereka cara register,” katanya ringkas.

Selain itu, Tengku Zafrul juga ditugaskan untuk menunjuk arah laluan bagi memudahkan orang ramai menerima vaksinasi.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak orang ramai mendaftarkan diri sebagai sukarelawan bagi membantu petugas barisan hadapan.

“Orang ramai boleh layari myvac.com.my untuk mengetahui lebih lanjut cara menjadi sukarelawan dan mendaftar sebagai sukarelawan,” katanya lagi.

Tahniah Datuk Seri, untuk membantu rakyat tidak semestinya perlu menjadi seorang yang berpangkat tinggi. Semoga menjadi contoh dan teladan.

Sumber gambar dan artikel: thenews.com.my

Newshub24 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peibadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *