Home / National / Sultan Ibrahim Berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari Yang Menjelaskan Tanda-Tanda Orang Mun4fik

Sultan Ibrahim Berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari Yang Menjelaskan Tanda-Tanda Orang Mun4fik

Sultan Ibrahim Berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari Yang Menjelaskan Tanda-Tanda Orang Mun4fik

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran berkaitan sifat-sifat orang mun4fik di media sosial Baginda. Menerusi kemas kini tersebut, Sultan Ibrahim berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari yang menjelaskan tanda-tanda orang mun4fik.

“Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tanda-tanda orang mun4fik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia memungkir1 dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhian4ti.”

Sementara itu, semakan di Instagram Story Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula, baginda menulis: “A true leader cannot be bought” (Pemimpin sejati tidak boleh dibeli).

Terbaharu, menerusi satu kenyataan di Faceb00k, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata, kestabilan dan kehidupan rakyat adalah keutamaan dan bukan kepentingan peribadi. Sebelum ini, Sultan Johor antara yang lantang memberi amaran kepada mana-mana individu yang cuba menjatuhkan kerajaan Negeri sedia ada.

Baginda bertitah tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri, selain tidak akan melayan permainan p0litik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang terus bertelag4h sampai mengganggu negeri dan kerajaan.

Raja-Raja Melayu telah bersidang beberapa kali sejak tahun lalu berikutan kemelut politik dan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Pada 28 Februari 2020, satu mesyuarat khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara bagi membincangkan perkembangan p0litik semasa susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan Bersatu keluar daripada PH.

Lebih setahun selepas itu, situasi hampir sama berlaku lagi berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan Ahli Dewan Rakyat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik s0kongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin beliau. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, dan melantik beliau sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Sumber gambar dan artikel: Astro Awani

Artikel Asal: https://www.astroawani.com/berita-politik/sultan-johor-muat-naik-ciri-orang-munafik-di-media-sosial-315104

Satu Perkongsian yang amat bermakna daripada Yang Mulia Tuanku disaat negara masih bergelut dengan Pandemik C0vid-19. Semoga semua pihak sama ada Kerajaan atau Pembangkang dapat berganding bahu menyelesaikan masalah ini dan seterusnya menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Jawatan adalah satu amanah dan bukan satu barangan yang boleh dijual beli.

Newshub24 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peibadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com

About admin

Check Also

Perginya seorang Ustaz di dalam sebuah surau sekolah

Kisah p3mergian seorang Ustaz di dalam sebuah surau sekolah. Dikhabarkan beliau banyak membantu rakan setugas …

Leave a Reply

Your email address will not be published.