Sejak kebelakangan ini, dapat kita lihat beberapa selebriti memilih untuk mendekatkan diri kepada agama dengan melakukan kebajikan serta mengikuti dakwah-dakwah. Situasi tersebut sudah tentu memberi satu aura positif kepada para peminat mereka lebih-lebih lagi mereka adalah public figure yang sering menjadi perhatian masyarakat.
Sama-sama beri sumbangan
Salah seorang yang menjadi sorotan kini adalah pelakon tampan, Zul Ariffin yang dilihat semakin kerap bercerita tentang kebaikan serta mengikuti pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kebajikan. Dalam posting terbaru Ebit Lew di Instagram, dapat dilihat yang Zul Ariffin mengendong sendiri beras untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan bersama pendakwah itu.
Zul juga telah memuat naik kembali perkongsian Ebit Lew dengan mengaminkan doa pendakwah itu yang berharap agar mereka sama-sama dapat terus berbuat kebaikan.
Ni baru boleh dinamakn hero Melayu
Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Instagram pelakon itu. Kebanyakkan mereka memberikan kata-kata positif kepada hero drama Melayu tersebut dengan berharap agar dapat sama-sama terus berbuat amal jariah dan Zul dapat kekal istiqomah menjalani kehidupan yang lebih baik.
Tiba-tiba ramai yang takde beras dekat rumah
Semoga saudara Zul Ariffin terus Istiqomah menjalani kehidupan yang lebih baik dan seterusnya lahir seorang lagi ‘Ebit Lew’ di bumi Malaysia ini.
Sumber: Instagram Zul Ariffin, Ebit Lew via ohmymedia
sumber video : Rilek Bro Youtube Channel
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/