Home / National / 3 Hal Mudah Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Bantu Sesama Rakyat…

3 Hal Mudah Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Bantu Sesama Rakyat…

Selain mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan, kita sendiri juga boleh melakukan beberapa perkara mudah bagi membantu sesama kita dikala pandemik ini. Jika dilihat, pandemik yang melanda negara sekarang bukan hanya menjejaskan mereka yang dijangkiti penyakit, tetapi ia turut menjejaskan semua orang. Walaupun ramai yang terpaksa menyerah pada situasi ini, tapi masih ramai lagi yang mampu bertahan dan memerlukan sokongan kita.

Sebagai rakyat prihatin, kita boleh menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Lagipun saat macam nilah kita sebagai rakyat Malaysia perlu berkerjasama dan menyokong antara satu sama lain, bagi meningkatkan semangat untuk terus maju!

Ha…ni admin nak kongsi cara yang korang boleh buat untuk sokong dan bantu sesama rakyat ketika pandemik ni..

1. Bantu untuk share perniagaan mereka

Macam yang korang semua tahu, peniaga kecil-kecilan lebih terkesan secara langsung ketika pandemik ni. Yelah.. mana nak tanggung kos yang besar lagi, nak cari mata pencarian lagi. Memang sesuatu yang sangat mencabar kan?

Jadi, apa yang korang boleh lakukan untuk bantu mereka? Mestilah dengan berbelanja atau membeli produk yang mereka jual. Dah guna atau makan? Share la di Facebook, Instagram, Twitter bagi lagi ramai tahu. Ha..dengan cara ini, mungkin sikit sebanyak dapat naikkan semangat mereka untuk berniaga.

2. Buat aktiviti kebajikan untuk bantu mereka yang memerlukan

Selain itu, korang juga boleh berganding bahu dalam membuat aktiviti kebajikan. Tak semestinya melalui badan kebajikan, korang boleh je buat secara individu. Contohnya macam beri keperluan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya.

Inisiatif ini mungkin nampak kecil bagi korang, tapi ia sangat bermakna bagi mereka yang sedang memerlukan.

3. Hantar makanan, bagi hadiah atau video call bersama!

Ha..ni yang paling penting tau! Bila berdepan dengan cabaran pandemik atau pun masalah, ia akan terkesan dari segi mental dan emosi. Ini disebabkan ada yang terpaksa berjauhan daripada keluarga, tak dapat keluar bekerja dan macam-macam lagi.

Oleh itu, cara yang sesuai untuk korang bantu mereka adalah dengan beri sokongan moral antara satu sama lain. Walaupun tak boleh berjumpa secara bersemuka, tapi korang boleh je tunjuk rasa kasih sayang korang tu dengan tengok movie bersama secara dalam talian ataupun video call supaya mereka berasa lebih lega, disamping meluahkan perasaan yang mereka sedang lalui.

Sumber: Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *