Home / National / Alhamdulillah, Pemergian Arwah Menjadikan Asbab Syuib Mendalami Agama. “Kalau Dulu Menyanyi… Buat Rehearsal Bagai Nak Rak. Tapi Bila Mengaji Tak Reti” – Shuib

Alhamdulillah, Pemergian Arwah Menjadikan Asbab Syuib Mendalami Agama. “Kalau Dulu Menyanyi… Buat Rehearsal Bagai Nak Rak. Tapi Bila Mengaji Tak Reti” – Shuib

“Kalau Dulu Menyanyi Duet Dengan Arwh Isteri, Buat Rehearsal Bagai Nak Rak. Tapi Bila Mengaji Tak Reti” – Shuib

Pada usia 37 tahun Shuib Sepahtu berharap dia masih belum terlambat untuk memperbetul bacaan dan mendalami ilmu al-Quran sebagai panduan di dunia dan akhirat. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata, ujian yang menimpa dia sekeluarga dengan pemrgian Siti Sarah membuatkan semakin dekat dengan agama.

” Sebelum ni saya ada baca al-Quran, boleh la walaupun merangkak. Tapi daripada kisah isteri saya ia jadi asbab untuk saya teliti bacaan al-Quran. Hari pertama baca surah Yasin secara beramai-ramai, lepas sesi zoom tu saya cuba baca sendiri… ambil masa dekat dua jam nak habis.

” Saya rasa macam… ya Allah daifnya, bodohnya kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu… kena merdekakan diri daripada buta al-Quran,” katanya.

Shuib berkata demikian pada majlis forum bertajuk ‘Kemerdekaan Satu Penghijrahan’ anjuran Masjid Puncak Alam yang diadakan secara live di Facebook pada Rabu malam. Forum sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 itu turut disertai pendakwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab.

Cerita Shuib lagi, dia tidak malu untuk belajar semula daripada bawah asalkan dapat memperbetulkan kelemahannya itu. ” Saya nak belajar al-Quran sampai cari semula buku iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra.

” Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran,” katanya lagi. Tambah Shuib buat masa ini dia berguru bersama pendakwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. Kalau boleh saya nak jadi macam ustaz Tarmizi. Dia guru saya ajar mengaji.

” Ya Allah… sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tau pula menyanyi dan mendayu-dayu.

Bila nak menyanyi, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak

” Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arwh isteri, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji tak reti… rasa tervk sangat,” katanya. Dalam pada itu Shuib berkata dia juga akan cuba mendidik anak-anak menjadi generasi yang celik al-Quran.

” Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak (belajar al-Quran). Sebelum ni saya tak pernah cakap pun dengan anak-anak. Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apa pun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran.

” Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” katanya. Shuib kini bergelar bapa tunggal selepas isterinya Siti Sarah meninggI dnia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Untuk rekod, Shuib dan arwh Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dikeluarkan daripada kandungan secara pembedahan pada 6 Ogos lalu.

Sumber gambar, artikel dan video: mstar via majalah harian.com

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Perginya seorang Ustaz di dalam sebuah surau sekolah

Kisah p3mergian seorang Ustaz di dalam sebuah surau sekolah. Dikhabarkan beliau banyak membantu rakan setugas …

Leave a Reply

Your email address will not be published.