YAN – Umat Islam yang sebelum ini menjalankan aktiviti pemu.jaan ataupun khur4fat di Gunung Jerai digesa menghentikan amalan tersebut kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, amalan yang boleh mer0sakkan akid4h itu juga turut mengundang b4la sehingga memberikan kesan kepada semua pihak.
Menurutnya, beliau yakin guru agama dan alim ulama di Kedah telah dan sedang memainkan peranan untuk menghilangkan unsur-unsur khur4fat berkenaan.
“Kita harap benda ini (amalan khur4fat dan pemu.jaan) akan dihentikan. Apabila datangnya b4la ALLAH SWT, bukan sahaja kena pada orang itu sahaja tetapi juga kepada semua yang lain.
“Sahabat bertanya kepada Rasullulah SAW, apakah kami orang baik juga akan kena apabila datang b4la, Nabi kata ya. Esok mereka akan dib4ngkitkan berdasarkan niat mereka,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Rekreasi Titi Hayun selepas meninjau kesan b4njir b3ncana kepala air, dekat sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan wujudnya aktiviti bertapa, memuj4 nombor ek0r dan mandi bunga di Puncak Gunung Jerai sebelum ini.
Mengulas lanjut, Idris berkata, pihaknya juga yakin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dan Pejabat Agama Daerah Yan telah melakukan pemantauan dan penguatkuasaan untuk menghalang amalan itu daripada terus berleluasa.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, perancangan dan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi pertambahan bilangan jemaah di masjid sedang dibuat susulan tular sebuah video dakwaan layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat.
“Kita boleh buat SOP selepas merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi kita juga mesti berunding dengan pihak berkuasa negeri dengan merujuk kepada sultan yang merupakan ketua agama di negeri masing-masing,” ujarnya.
Idris turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM516,600 daripada empat agensi di bawah kementeriannya bagi kerja-kerja sanitasi masjid, sumbangan kotak makanan dan beg sekolah bagi membantu mangs4 yang terjejas dalam kejadian kepala air pada 18 Ogos lalu.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160819/BERITA/Nasional/Hentikan-amalan-khurafat-pemujaan-di-Gunung-Jerai
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/