Kisah yang pernah dikongsikan pada tahun lepas apabila rumah seorang Bilal terselamat daripada b4njir yang melanda dengan izin daripada Allah SWT setelah beliau melaungkan azan di saat-saat air semakin naik di halaman rumahnya.
YAN – Seorang bilal melahirkan rasa syukur apabila laungan azannya telah menyelamatkan kediamannya di Kampung Setol, dekat sini daripada dimasuki air dan tanah akibat tragedi benc@na kepala air pada 18 Ogos lalu. Menceritakan detik tersebut, Yusof Hamid, 63, berbuat demikian selepas diminta isterinya, Siti Aisyah Saad, 56, setelah melihat dewan orang ramai di sebelah rumah mereka mula dimasuki air.
Menurut bilal Masjid Al-Muhammadi Kampung Pauh itu, dia menganggap kejadian tersebut sebagai kebesaran ALLAH SWT apabila air yang keluar dari dewan tersebut hanya melalui tepi rumahnya sebelum turun ke kawasan lebih rendah dan menuju ke Sungai Titi Hayun.
“Saya azan di belakang rumah kira-kira jam 5.45 petang selepas diminta isteri. Ketika itu air bercampur tanah semakin laju dari sebelah atas dan dewan orang ramai yang terletak di sebelah rumah juga mula dimasuki air. Anak saudara saya buka pintu dewan untuk pastikan air dan tanah tidak masuk ke dalamnya. Sepatutnya, air yang keluar dari dewan boleh masuk ke rumah saya kerana air yang membawa tanah itu agak deras, namun atas bantuan ALLAH, ia hanya melewati tepi rumah terus ke belakang dan di depan rumah.
Yusof melakonkan semula cara dia melaungkan azan di belakang rumahnya di Kampung Setol, Yan pada hari kejadian tragedi kepala air pada 18 Ogos lalu.
Yusof melakonkan semula cara dia melaungkan azan di belakang rumahnya di Kampung Setol, Yan pada hari kejadian tragedi kepala air pada 18 Ogos lalu. “Di situ kawasan rendah sedikit sebelum menuju ke sungai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Setol, dekat sini pada Selasa.
Yusof yang juga imam surau Kampung Setol berkata, surau yang berdekatan dengan rumahnya juga turut dimasuki air setinggi hampir satu meter. Semasa kejadian tersebut, kedengaran bunyi batu-batu kecil di dalam sungai bergeseran yang menunjukkan bahawa arus air sangat kuat pada masa itu.
“Lima minit selepas azan, saya lihat keadaan air yang turun semakin tenang dan syukur air yang bercampur tanah itu tidak masuk ke rumah,” katanya. Tambahnya, azan yang dilaungkan adalah salah satu usaha untuk menenangkan keadaan dan emosi beberapa ahli keluarga yang cemas dengan tragedi kepala air tersebut.
Sumber Artikel dan Gambar :Sinarharian VIA Majalah Harian
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/