Home / Islamik / Bagi Meng3kalkan Haf4zan 30 Juzvk Al-Qur4n, Bak4l D0ktor Ini Jadi IM4M Ter4wih…

Bagi Meng3kalkan Haf4zan 30 Juzvk Al-Qur4n, Bak4l D0ktor Ini Jadi IM4M Ter4wih…

Solat sunat Terawih merupakan amalan yang sering ditunggu untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Kebiasaannya, solat Terawih dilaksanakan secara bersama di masjid bagi memperoleh keberkatan solat berjemaah. Menjadi kelaziman di beberapa buah masjid yang memanggil imam-imam yang terdiri daripada pelajar tahfiz untuk mengimamkan solat tersebut.

Bakal bergelar doktor, hafiz Al-Quran. Sejuk perut ibu mengandung. Siapa kata mengaji agama untuk jadi ustaz je?

Malam imam siang pelajar

Bagi Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya dan beberapa majid di sekitar Lembah Klang, pihak pengurusan telah memanggil Muhammad Syazwan bin Mohd. Basil, 25, sebagai imam solat Terawih di masjid itu.

Bakal bergelar doktor

Merupakan seorang pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan sedang menjalani praktikal di Hospital Putrajaya, Syazwan yang berasal dari Pulau Pinang tidak berasa terbeban dengan tugas murninya itu.

Sudah jadi Imam Rawatib sejak 2015

Bakal bergelar doktor tidak lama lagi, Syazwan mengakui tugas tersebut mencabar memandangkan dia masih bergelar pelajar. Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, dia menjelaskan bahawa perkara itu dapat ditangani kerana sudah menjadi imam Rawatib sejak tahun 2015 lagi.

“Sebenarnya saya akui mencabar apabila bergelar penuntut dan dalam masa sama, perlu mengimbangkan tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib sejak 2015 di masjid itu.” Katanya.

Dapat sentiasa ingat ayat al-Quran

Syazwan yang juga bekas pelajar Darul Quran ini turut berkata, tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib juga membantunya memastikan 30 juzuk al-Quran yang dihafaznya sentiasa diingati dan diamalkan. “Bagi saya, al-Quran ini adalah amalan kita setiap hari untuk bekalan akhirat dan kerjaya doktor di dunia ini diseimbangkan.” – ujarnya.

Jadi inspirasi kepada anak muda

Menerusi akaun Facebook sumber, rata-rata warganet berasa kagum dengan cara Syazwan ini membahagikan tugas harian dengan tanggungjawabnya pada sebelah malam. Mereka turut terkesan dan berasa terinspirasi dengan bakal doktor ini.

Sumber dari hiburan kini via Oh My Media

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Ag4ma buk4n bahan untuk dibuat jen4ka. Law4k jen4ka perlu ada batasnya…

Kebelakangan ini kesucian agama Islam cuba dicem4ri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seolah memandang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.