Home / National / Berkat Berniaga Jual Tisu, 3 Orang Anak Pasangan Buta Berjaya Melangkah Kaki Ke Menara Gading… Alhamdulillah

Berkat Berniaga Jual Tisu, 3 Orang Anak Pasangan Buta Berjaya Melangkah Kaki Ke Menara Gading… Alhamdulillah

Tanggungjawab untuk membesarkan anak adalah bukannya satu tugasan yang mudah dalam sebuah keluarga yang normal, apatah lagi apabila melibatkan ibubapa yang tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU). Namun tanggungjawab ini berjaya digalas oleh pasangan suami isteri buta dalam membesarkan anaknya sehingga ketiga-tiga anaknya berjaya bergelar seorang graduan sepertimana yang dikongsikan melalui laman berita Sinar Harian. Sesungguhnya keterbatasan yang dimiliki oleh mereka tidak menjadi halangan untuk mereka berjaya mendidik anak sehingga berjaya dengan berkat menjual minyak angin dan tisu. Bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Semoga dengan perkongsian kisah ini dapat menjadi contoh dan pedoman buat semua.

BACHOK – J3rit p3rih yang dilalui pasangan suami isteri buta membesarkan tiga anak mereka dengan hasil jualan minyak angin dan tisu terbalas dengan kesemuanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Pasangan itu, Azmi Abd Manaf, 50, dan Noraini Majid, 51, dikurniakan tiga anak, Mohd Afiq Nazhan Azmi, 26, Nur Azra Nadhirah, 21, dan Nur Atihirah Nadhilah, 19.

Anak sulung, Mohd Afiq Nazhan adalah gaduan Ijazah Perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

Nur Azra Nadhirah kini menuntut jurusan Diploma Perniagaan di UiTM Machang manakala Nur Atihirah Nadhilah pula mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Azmi berkata, kedua-dua belah matanya s4kit dan rabun sejak kecil sebelum lama-kelamaan menjadi buta sepenuhnya menyebabkan dia terpaksa menggunakan tongkat.

Azmi (kanan) dan Noraini berpimpin tangan serta saling membantu ketika keluar rumah di Jelawat, Bachok.

“Saya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 25 tahun lalu dan melakukan pelbagai kerja sebelum bertemu jodoh serta dikurniakan tiga anak.

“Saya berniaga minyak angin dan tisu di pasar-pasar malam di Jalan Tengku Abdul Rahman, Setiawangsa dan Chow Kit untuk menyara kehidupan kami sehinggalah tiga anak berjaya ke universiti,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Ujarnya, hasil jualan tidak menentu sekitar RM30 sehari manakala isterinya yang buta sebelah mata kanan pula hanya suri rumah sepenuh masa.

“Sebagai orang kurang upaya (OKU) kami memang memerlukan pertolongan orang lain tetapi saya tidak boleh malas atau hanya menunggu sahaja kerana rezeki tidak turun dari langit.

“Saya perlu berusaha agar mendapat keberkatan daripada Allah selainnya berserah dan bertawakal kepada-Nya,” katanya.

Azmi berkata, dia dan isteri setiap seorang menerima bantuan bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Nur Azra Nadhirah berkata, mereka tiga beradik berasa amat bangga mempunyai ibu bapa yang dapat membesarkan mereka sehingga berjaya ke menara gading walaupun dalam keadaan kekurangan fizikal buta mata.

Anak kedua, Nur Azra Nadhirah Azmi, 21, (kanan) sentiasa menemani dan membantu kedua ibu bapanya yang buta.

“Kami tidak pernah malu untuk mengaku mereka adalah ibu bapa kami malah berbesar hati dan kini sudah dewasa serta tiba giliran untuk membalas jasa dengan menjaga mereka pula.

“Sejak C0v!dI9, kami sudah berpindah ke Kelantan dan ibu bapa tidak lagi dapat berniaga tetapi diganti dengan abang sulung yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk menyara kami sekeluarga,” katanya.

Jelas Nur Azra Nadhirah, abangnya bekerja sebagai penghantar makanan sementara mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya.

Sumber: Sinar Harian

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *