Home / National / Besar Dah ‘Buntat’…Semoga Di Murahkan Rezeki Tolong Ayah Berniaga Roti Canai…

Besar Dah ‘Buntat’…Semoga Di Murahkan Rezeki Tolong Ayah Berniaga Roti Canai…

LIMA tahun lalu, watak Buntat yang dilakonkan Muhammad Ariff Abdullah, 17, dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku pernah mence.tuskan fen0mena sehingga meraih p0pulariti dalam sekelip mata.

Kini, Muhammad Ariff lebih memberi fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka tahun depan.

Selain itu, Muhammad Ariff yang kini meningkat remaja turut mengambil kesempatan membantu bapanya yang menjual roti canai di medan selera di Jitra, Kedah.

Melihatkan tingkah lakunya kini, Muhammad Ariff lebih petah berbicara selain tidak kekok ketika mengambil pesanan dan melakukan kerja di kedai bapanya.

Malah, berbanding ketika awal mencipta nama, dia juga semakin ramah dan selesa ketika diaju pelbagai soalan mengenai perkembangan dirinya.

Tidak lekang dengan senyuman, Muhammad Ariff berkata, dia teringin untuk berlakon, namun disebabkan pandemik C0v!dI9 dia terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan selain tidak menerima sebarang tawaran.


“Mungkin ada hikmahnya juga kerana disebabkan C0v!dI9 ini saya dapat fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan SPM.

“Kali terakhir saya menjalani penggambaran tahun lalu dalam satu babak drama 7 Hari Mencintaiku 2 dengan memegang watak sebagai Ariff,” katanya di kedai roti canai bapanya.

Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya ditawarkan watak apa sekalipun selepas ini, namun ia mungkin perlu seiring dengan usianya yang meningkat remaja.

“Saya seronok berlakon dan yakin akan dapat menjiwai apa saja watak yang diberikan kerana minat dan enggan sia-siakan bakat yang ada,” katanya.

Selain mencipta nama dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Muhammad Ariff juga pernah berlakon dalam filem Jibam yang ditayangkan pada 2017 dengan memegang watak sebagai kanak-kanak istimewa.

Walaupun menghidap disl3ksia serta menghadapi masalah untuk membaca dan menulis, namun Muhammad Ariff mempunyai daya ingatan yang kuat dan cenderung kepada perkara diminatinya.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

 

About admin

Check Also

24 orang anaknya pelajar sekolah pondok dan terlibat dengan pertandingan Hafazan al-Quran

Perkongsian kisah kejayaan ibubapa berjaya mendidik 24 orang anaknya dengan didikan agama Islam. Subhaanallah, 24 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.