Umum sedia maklum, orang ramai bakal menerima bayaran Bantuan Khas C0VID – 19 (BKC) yang akan dikreditkan secara berperingkat bermula hari esok.
Justeru, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berhubung status bayaran BKC (Bantuan Khas C0VID-19).
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran tunai BKC di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 6 September 2021 dan ia dilakukan secara berperingkat.
Cara Semakan Kelayakan / Status Pembayaran BKC
Untuk makluman, penerima yang layak menerima BKC adalah individu / keluarga berdasarkan data Permoh0nan Lulus BPR 2021 dan Data Percukaian (M40).
Pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
Penerima boleh membuat semakan status kelayakan melalui cara berikut:
i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021)
ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47
Bagi bayaran BKC secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKC Fasa 1.
Berikut merupakan jumlah BKC fasa 1 yang akan diterima mengikut kategori.
Sumber : Laman Web LHDN, Xtra via My Tv Viral
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/