Home / National / Cer4ikan Isteri Sebab Tak J4ga Agama, Bangun Lambat & Kuat Mel4wan. Jawapan Ustaz Ebit Lew Menjentik Hati Si Lelaki

Cer4ikan Isteri Sebab Tak J4ga Agama, Bangun Lambat & Kuat Mel4wan. Jawapan Ustaz Ebit Lew Menjentik Hati Si Lelaki

Seorang suami baru jumpa saya tadi. Dia baru cer4ikan isterinya. Katanya isteri dia tak jaga agama. Malas dan suka habiskan duitnya. Suka bangun lambat. Tak pandai layan suami. Asal cakap menyakitkan hati. Kuat melawan.

Dia kata saya kan lelaki. Kena tegas. Kalau tak dayus. Jangan biar orang perempuan tindas dan pijak kita.Saya kata abang pernah bawa dia belajar iman tak? Ada bawa pergi majlis Ta’lim ke? Ada bawa pergi majlis ilmu ke?

Susah nak bawa dia ustaz..Betul ke tindakan saya ustaz…

Tapi selalu begitulah abang. Kalau wanita salah cepat jer dia ceraikan. Saya lihat beribu wanita yang dapat suami macam-macam tapi mereka sabar jer. Tahan kan ajer. Demi anak-anak mereka teruskan perkahwinan.

Wanita ini jika berpisah orang selalu salahkan mereka. Orang takut nak dekat dengan mereka. Orang kata dia guna-gunakan suami. Dia kuat melawan suami. Dia gagal dalam perkahwinan..

Nak cari pengganti berat jer. Mereka kena uruskan anak-anak. Hidup mereka untuk anak-anak. Suami jika marah senang-senang jer lepas tangan macam tu..

Dalam perkahwinan ini abang, kita kena selalu muhasabah diri. Masing-masing kena mengalah. Ingat Allah. Apa Allah nak saya buat. Inilah perjuangan saya. Bimbing isteri ke arah kebaikan. Bawa berjuang di jalan Allah. Buat Ta’lim dalam rumah. Cari waktu tetap dan tempat yang tetap. Beri hadiah buat isteri. Cari kesukaan mereka. Gembirakan hati mereka.

Tapi kata-kata dia sakitkan hati saya ustaz?

Jawab saya dalam Al-Quran. Sifat hamba Allah yang Maha Pengasih ialah apabila orang jahil berkata yang buruk pada mereka. Mereka akan balas dengan kebaikan dan rahmat. Sabar…

sekadar gambar hiasan

Malam kita menangis doakan mereka. Setelah kita buat semua ini jika isteri masih begitu barulah fikir bab cer4i. Tapi sangat yakin sesiapa sahaja buat semua ini isteri mereka akan jadi isteri yang solehah.

Sumber: Facebook Ebit Lew Via newstoday77.c0m

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *