Jelebu: “Cinta dia kepada saya luar biasa,” kata Norlida Mohamed Salleh, 59, isteri kepada Muhammad Sabree Razaman, 22.
Itu respon ibu enam anak, Norlida mengenai pernikahannya bersama jejaka pilihan yang dua kali ganda lebih muda daripadanya.
Dia yang sudah mempunyai enam cucu berkata, dia tidak menyangka perjumpaan kali pertama hanya sebagai pelanggan di gerai tempat bekerja kini bertukar menjadi peneman hidup.
Norlida berkata, perkahwinan ini adalah kali ketiga buatnya dan menganggap Muhammad Sabree antara suami yang terbaik.
“Tak semestinya g4gal dalam rumah tangga yang lepas buat kita putus asa kerana kebahagiaan perlu dicari.
“Jika bercakap soal suami dan peneman hidup ini… saya ada pun okay, tiada pun tidak menjadi masalah kerana sudah l4njut usia.
“Tetapi disebabkan dia (suaminya) yang bersungguh-sungguh ingin melangsungkan perkahwinan, jadi saya terima,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini
Menurutnya, peribadi Muhammad Sabree yang sentiasa mengutamakan keluarga menjadi faktor utama dia memilihnya.
“Ini perkahwinan paling bahagia kerana semua ahli keluarga terima dengan hati terbuka dan memang dari awal rapat dengannya.
“Sejak kenal dulu pun dia tidak pernah meminta malah sekarang suruh jaga kad ATM miliknya untuk kegunaan barangan keperluan kami,” katanya yang kini suri rumah sepenuh masa.
Sementara itu, Muhammad Sabree berkata, dia bersyukur perkenalan selama dua tahun bersama isterinya itu akhirnya membawa ke jinjang pelamin selepas pelbagai rintangan dilalui pada 17 September lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan kepada keluarga isteri yang sentiasa menyokong dari awal hingga ke penghujung.
“Saya harap kami sentiasa bahagia dan diberikan kesihatan yang panjang,” katanya yang bekerja sebagai petugas pembersihan SWM Environment Sdn Bhd.
Dalam pada itu, anak ketiga Norlida yang hanya mahu dikenali sebagai Ecah, 34, turut gembira atas perkahwinan ibunya yang mesra dipanggil ‘mama’.
“Saya gembira mama ada peneman, saya lihat mereka sangat bahagia, solat dan makan semua bersama.
“Kami semua terima tanpa rasa kekok sebab bapa muda ini jenis ‘sporting’ dengan anak-anak dan cucu,” katanya.
Terdahulu, gambar pasangan yang memiliki jarak usia 37 tahun ini tular di media sosial selepas dikongsi anaknya di aplikasi TikTok. Rata-rata mendoakan kebahagian pasangan ini.
Alhamdulillah dah jodoh, Siapa kita untuk menafikan… Yang Penting Pasangan Bahagia.
Sumber: Harian Metro & Kisah Dunia
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/