Sesungguhnya kekayaan di dunia bukan merupakan tiket mudah untuk masuk ke syurga iaitu destinasi akhir yang diinginkan sekalian umat, malah kekayaan di muka bumi adalah merupakan salah satu ujian yang perlu di hadapi oleh mereka yang kaya raya. Namun kekayaan yang diuruskan sesuai dengan ajaran agama Islam, maka sudah tentunya memberikan kelebihan kepada si kaya raya untuk mengaut sebanyak mana amal ibadah di dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Terdapat pelbagai cara si kaya raya ini melatih diri agar tidak hanyut dibuai dengan kemewahan hidup sehingga terleka dengan tanggungjawabnya kepada Yang Maha Esa sepertimana yang dikongsikan melalui penulisan di bawah.
Subhanallah, admin terjumpa kisah ni yang sudah agak lama iaitu di sekitar tahun 2018 @ 2019. Namun, pengajaran daripada kisah ini tidak pernah akan lapok dek masa… Sungguh hebat pakcik ni, kekayaan yang melimpah ruah miliknya tidak pernah sesekali menjadikannya lupa siapa yg paling ‘Besar’ di atas muka bumi ini. Manusia, walau sekaya Haman pun belum tentu dapat menandingi kekayaan Allah.
Rupa-rupanya admin perasan bahawa sunnah kebanyakan orang-orang yg HEBAT di sisi Tuhan ialah orang yang menjadikan dirinya ‘down to earth’. Pernah suatu masa dulu, viral kisah bagaimana seorang MB di sebuah negeri di pantai timur ditemui sedang mencuci tandas masjid pada jam 3 pagi! Masya Allah…
Ingatlah, bila kita sudah rasa ‘s0mbong’ dengan apa yang kita miliki, mari kita lakukan sesuatu yang ‘down to earth’ untuk membuang EG0 kita. Cubalah…
Kisah seorang ‘multi millionaire’ India jadi ‘cleaning worker’ di Masjidilharam…
Beliau ditemukan oleh seorang Arab di Masjidil Haram, semasa diberikan wang sedekah, beliau menolak pemberian sedekah oleh lelaki Arab tadi. Sebaliknya beliau hanya tersenyum dan menunjukkan beberapa kad bank dan kad kredit yang dimilikinya.
Lelaki Arab tadi terkejut dan cuba bertanyakan pekerja kebersihan lain tentang beliau. Dan jawapan daripada pekerja itu ialah… ‘beliau adalah multi millionaire dan adalah pemilik banyak hotel di seluruh India, beliau datang setiap 6 bulan dalam setahun untuk berkhidmat sebagai cleaning worker di Masjidil Haram…’
Dan menerusi sebuah kenyataan yang terbaru admin jumpa, pihak pengurusan MasjidilHaram telah membenarkan semula semua khidmat pekerja kebersihan. Anda lihatlah sendiri betapa gembiranya mereka bila dapat kembali berkhidmat menjaga kebersihan Rumah Allah yang paling mulia di atas muka bumi ini…
Sumber:Tuan Amir Zakwan Shukry & Wan Haswari Wan Ahmad via diariviral.com
Dengan perkongsian kisah ini semoga sedikit sebanyak dapat memberikan peringatan kepada kita kerana apa yang penting dalam kehidupan ini ialah beribadah di jalan Allah SWT. Harta kekayaan bukanlah segala-galanya.
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/