MENYELAK kembali helaian kisah tanggal 5 Julai 2014, pada tarikh ini biduanita bersuara emas, Datuk Sharifah Aini telah pergi mengadap illahi tujuh tahun lalu. Pemilik nama sebenar, Sharifah Aini Syed Jaafar atau mesra disapa Kak Pah meninggalkan dunia pada usia 61 tahun akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Kuala Lumpur.
Pelantun lagu ‘Seri Dewi Malam’ itu lahir pada 2 Julai 1953 di Nee Soon, Singapura dan dibesarkan di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru, sebelum menempa nama sebagai artis tanah air sehingga ke persada antarabangsa. Malaysiapost pada tahun lalu sempat menemubual dua insan yang lama menceburi dunia kewartawanan dan antara individu rapat dengan Syarifah Aini ketika hayatnya.
Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed memberitahu dirinya umpama pelapor tetap penyanyi itu sepanjang bertugas di meja jenayah dan hiburan. Menurut Raja Nurfatimah Mawar, Syarifah Aini yang dikenali adalah figura yang sangat merendah diri walaupun telah menghasilkan 93 album, termasuk tujuh berbahasa Inggeris.
Katanya, masih terbayang wajah arwah memandangnya dengan padangan sayu sambil melambaikan tangan pada pertemuan terakhir mereka. Kenangan sama turut dikongsi wartawan hiburan, Huzz, yang sememangnya mengakui penyanyi itu adalah seorang ibu dan isteri mithali yang sangat menitik beratkan keperluan keluarga.
Dalam masa sama, Huzz sempat bercerita bahawa penyanyi lagu ‘Kenang Daku Dalam Doamu’ sendiri akan mencuci, menggosok pakaian suaminya walaupun sudah mempunyai pembantu rumah. Di samping itu, Huzz berkata sisi peribadi yang ramai tidak ketahui adalah penyanyi berdarah kacukan Melayu-Arab itu gemar bersedekah dan membuat amal jariah bersama anak-anak tahfiz dan orang kurang berkemampuan.
Huzz berkata, jika ingin menyingkap semua kenangannya bersama penyanyi itu mungkin terlalu banyak, tetapi padanya Sharifah Aini adalah legenda terbilang yang patut dikenang. Semoga sedikit imbas kembali mengenai figura Datuk Syarifah Aini dapat mengubat kerinduan peminat dan menitipkan doa kepada Allahyarh
Sumber:malaysiapost.com Via Majalah Harian.com
Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/