Hidayah itu milik Allah SWT dan beruntunglah sesiapa makhluknya yang terpilih dikurniakan nikmat tersebut. Itulah nikmat hidayah yang diterima oleh ‘Saudara Baru’ yang telah dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew.
Jelas Ebit, walaupun badan Raj dipenuhi t@tu namun itu bukanlah penghalang untuk beliau terbuka mencari dan menerima hidayah Allah S.W.T.
“YA ALLAH sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam,” demikian luahan penceramah popular, Ebit Lew yang memanjatkan kesyukuran apabila dakwahnya diterima ramai.
Bagi beliau, tidak ada yang lebih bermakna daripada setiap dakwah yang dijalankannya itu menyentuh perasaan sehingga membuka hati sesetengah individu terutamanya yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam serta meminta bimbingan daripadanya.
Menerusi muat naik Ustaz Ebit di laman Facebooknya beberapa waktu yang lalu, beliau berkongsi sebuah perkongsian tentang lelaki bernama Raj yang kini terbuka hati untuk memeluk agama Islam.
Jelas Ebit, walaupun badan Raj dipenuhi tatu namun itu bukanlah penghalang untuk beliau terbuka mencari dan menerima hidayah Allah S.W.T.
“Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan beliau. Hari ini beliau ucap syahadah. Beliau memeluk Islam. Ya Allah sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam.
“Walau bawa s3nj@ta ke mana-mana sebagai bdyguard. Badan berta tu penuh. Setiap negara pergi satu t@ tu. Tapi lembut dan baik akhlaknya,” luahnya.
Seperti biasa, perkongsiannya itu mendapat tempat di hati para pengikutnya di media sosial berkenaan. Ramai mula memenuhi ruangan komen dan meluahkan rasa syukur di atas khabar gembira berkenaan.
SUMBER: astroawani
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/