Home / National / Legenda Badminton Negara Datuk Lee Chong Wei Terus Berbakti Kepada Negara Dengan Menyumbangkan Bantuan Menaiktaraf Unit Kecemasan Hospital Bukit Mertajam…

Legenda Badminton Negara Datuk Lee Chong Wei Terus Berbakti Kepada Negara Dengan Menyumbangkan Bantuan Menaiktaraf Unit Kecemasan Hospital Bukit Mertajam…

PETALING JAYA – Legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei terus berbakti kepada negara dalam usaha menentang C0v!dI9 apabila menyumbangkan bantuan bagi menaik taraf Unit Kec3masan H0spital Bukit Mertajam di Pulau Pinang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitternya dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Chong Wei atas sumbangan tersebut.

“Saya dan seluruh warga Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yayasan Lee Chong Wei atas sumbangan menaik taraf Unit Kec3masan H0spital Bukit Mertajam.

“Semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk semua penduduk setempat dan sekitarnya,” katanya tadi.


Tangkap layar ciapan Dr. Noor Hisham yang mengucapkan ucapan terima kasih kepada Chong Wei.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang menjadikan H0spital Bukit Mertajam sebagai h0spital hibrid C0v!dI9 susulan peningkatan kes w4bak tersebut yang memerlukan raw4tan.

Terdapat 72 katil dengan paip oksigen yang dikhaskan untuk pesakit selain bilangan katil boleh ditingkatkan sehingga 120 katil jika keperluan bertambah.

Hospital itu juga dapat menerima pesakit hemodialisis yang dijangkiti C0v!dI9 memandangkan ia dilengkapi dengan kemudahan hemodialisis di katilnya.

Chong Wei yang dibesarkan di Berapit, Pulau Pinang merupakan antara legenda badminton negara yang banyak mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman Twitter turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Chong Wei di atas sumbangan diberikan dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Tahniah Datuk, kami bangga dengan anda. Teruskan usaha murni mu ini…

Sumber : K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *