KUALA TERENGGANU: Hanya kerana tertinggal bungkusan lengkuas yang dibeli di sebuah pasar di Dungun, seorang wanita warga emas dic3raikan suaminya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.
Ketua Hakim Syarie negeri, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, pelbagai lagi alasan r3meh-t3meh yang menjadi punca perc.eraian pasangan Islam di Terengganu antaranya kerana isteri tidak memasak hidangan kegemaran suami.
Di samping itu, katanya, ada juga pasangan yang berc3rai kerana isteri tidak memakai seluar jeans.
“Disebabkan terlampau m4rah, suami yang tidak mahu berpatah semula ke pasar untuk mengambil lengkuas berkenaan tiba-tiba melafazkan c3rai semasa di atas motosikal.
“Bagaimanapun, rata-rata suami menyesal dengan tindakan itu dan segera tampil ke mahkamah syariah bagi mengesahkan p3rceraian sebelum kembali rujuk dengan pasangan masing-masing,” katanya di sini hari ini.
Menurut Wan Mohd. Zakri, situasi perc.eraian dengan alasan r3meh-t3meh dan tidak munasabah itu lazim serta sentiasa berlaku dalam masyarakat sejak dahulu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan kalangan suami agar banyak bersabar dan tidak menggunakan lafaz t4lak sesuka hati jika menghadapi masalah dengan pasangan masing-masing kerana kesan buruknya terhadap institusi rumah tangga yang dibina.
“Jangan begitu mudah melafazkan perkataan c3rai, sebaliknya suami perlu melihat pertimbangan lain dalam menyelesaikan masalah.
“Kaedah mendidik, mengajar mahu pun bergurau dengan isteri bukan melalui ugutan lafaz talak tetapi banyak lagi pendekatan lain yang disaran Rasulullah dan yang paling mustahak semua pasangan perlu bertolak-ansur serta tidak ego demi menyelamatkan sesebuah perkahwinan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Wan Mohd. Zakri berkata, semua mahkamah syariah di negeri ini akan beroperasi sepenuhnya bermula minggu dengan memperluas kategori yang boleh didaftarkan berbanding sebelum ini. –
Sumber : UTUSAN ONLINE
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/