Biarpun usianya sudah 77 tahun, semangat dan kelin.cahan nenek ini membersih kandang rusa berkeluasan satu kolam renang cukup mengagumkan sesiapa saja yang berkunjung ke ladang ternakan milikinya.
Menceburi aktiviti ternakan rusa sejak 2008, Bayah Md. Sidek atau lebih mesra dengan panggilan Nek Bayah tidak menjangkakan hobi dimulakan itu mampu menjana keuntungan.
Sekadar Mencuba Nasib
Nek Bayah yang menetap di Melaka ini, pada mulanya hanya menternak tiga rusa baka yang diambil dari Indonesia. Namun lama kelamaan perniagaan agro Nek Bayah yang diberi nama Riverside Antler Valley itu berkembang kepada 10 rusa. Dalam masa yang sama Nek Bayah dalam proses untuk meluaskan lagi ladang ternakan milikinya itu.
“Saya memilih ternakan rusa kerana melihat haiwan ini sangat unik selain penjagaannya juga jauh lebih mudah berbanding ternakan lain.
“Jadi untuk permulaan, saya membeli dua ekor rusa betina dan seekor jantan untuk tujuan pembiakan. Bermula dari situ, saya melihat prospek untuk mengembangkan jualan daging rusa amat tinggi.
“Penjualan daging rusa mentah mampu mencecah RM90 satu kilogram (kg) dan ia mendapat permintaan yang tinggi lebih lagi menjelang musim perayaan,” katanya ketika ditemui di ladang ternakan rusa miliknya, di sini, baru-baru ini.
Haiwan Yang Mudah Nek Bayah Uruskan
Katanya, harga daging rusa sememangnya tinggi, tetapi kapasiti untuk memenuhi pasaran penjualan dagingnya belum cukup walaupun rusa ini adalah jenis haiwan ternakan yang mudah membiak.
“Rusa betina yang dibela akan melahirkan anak dalam tempoh enam bulan bahkan kadar kem4tian anak rusa juga agak rendah,
“Namun, jumlah rusa yang ada di ladang saya masih tidak mencukupi kerana ia hanya mampu memuatkan 10 ekor rusa bagi memberikan keselesaan kepada haiwan ini bergerak,” katanya.
Bayah memberitahu, penter.nakan rusa mudah kerana haiwan itu tidak memerlukan penjagaan rapi dan cukup sekadar menyediakan daun dan makanan khusus.
“Selain rumput dan makanan khusus, rusa juga gemar memakan roti buku yang diberikan tiga kali sehari.
“Haiwan ini sukar mendapat peny4kit. Boleh dikatakan rusa dalam kategori haiwan ternakan yang las4k dan mudah dijaga.
“Penting untuk kita tahu makanan yang diberikan supaya daging sentiasa sedap walaupun dimasak dengan pelbagai cara,” katanya.
Masa Depan Lebih Cerah
Menyentuh tentang pengalamannya sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), katanya, institusi kewangan itu banyak membantunya mengembangkan perniagaan dalam bidang agro.
“Kehadiran AIM banyak membantu mengurangkan bebanan kewangan dihadapi pengusaha seperti saya.
“Saya mula menjadi Sahabat AIM sejak 2008 dan sejak itu saya membuat pinjaman untuk menggerak dan melebarkan penternakan ini ke tahap lebih baik,” katanya.
Sumber: Roti Kaya
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/