Home / Islamik / Ini kisah Pelakon ‘Ali Setan’ Azmil Mustapha Menemui ‘Pemiliknya’ Sebagai Pendakwah. P3rgi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”

Ini kisah Pelakon ‘Ali Setan’ Azmil Mustapha Menemui ‘Pemiliknya’ Sebagai Pendakwah. P3rgi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik”

‘M4ti ketika berdakwah sesuatu yang ajaib kerana ia m4ti di jalan Allah. Impian saya mahu m4ti ketika berdakwah… Itu idaman saya.’ Kata-kata itu pernah diluahkan bintang filem era 1980-an, Azmil Mustapha dalam suatu wawancara bersama Harian Metro (HM), suatu ketika dulu.

Pada tarikh 14 Februari, kira-kira jam 12.40 tengah hari, Allahyarham pulang ke negeri abadi pada usia 65 tahun. Perginya ke pangkuan Ilahi dengan gelaran ustaz dan pendakwah bebas, bukan sebagai aktor pujaan ramai. Azmil atau nama sebenarnya, Mohd Azmil Mustapha Kamil dilahirkan pada pada 1 Januari 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mula diperkenalkan menerusi filem Mekanik pada 1983 yang turut dibintangi bintang legenda bola sepak, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, bakat besar Azmil mula membuka mata penggiat seni. Siapa dapat melupakan kenakalan watak Ali menerusi filem yang mencetuskan fenomena, Ali Setan pada 1985 dan Ali Setan 2 (1986), berganding dengan Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Seterusnya, Azmil membintangi filem Suara Kekasih pada 1986, Kepala Angin (1987), Driving School (1990), XX Ray 2 (1995), Iman Alone (1998), Hanya Kawan (1997) dan terakhir, Puteri Gunung Ledang pada 2004. Azmil juga pernah berlakon dalam filem luar negara iaitu Fifty Fifty terbitan produksi Amerika Syarikat (AS) dan tiga filem usaha sama Malaysia-Indonesia iaitu Madu Dan Racun, Gadis Hitam Putih dan Dewi Cinta.

Diangkat sebagai Aktor Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) keenam pada 1986 menerusi filem Ali Setan, Azmil adalah bekas graduan Universiti Indiana, Bloomington, AS. Lima tahun berk3lana di luar negara, Azmil membawa pulang segulung ijazah sarjana muda dalam jurusan filem, radio dan televisyen (TV) pada 1979.

Bagaimanapun, sekembali dari AS, nasib tidak menyebelahinya apabila negara dilanda kegawatan ekonomi. Berikutan itu, Azmil bekerja dengan syarikat Showmaster milik penganjur persembahan, Ali Bakar. Selama dua tahun menimba pengalaman, Azmil mengambil keputusan aktif sebagai pelakon sepenuh masa.

Namun, pada awal 1990-an, Azmil mengambil keputusan tidak lagi hidup glamor sebagai bintang filem. Allahyarham mahu mengutamakan kehidupan keluarga selain mula mendekatkan diri dengan perjuangan agama. Azmil pernah mengembara ke beberapa negara termasuk Syria bagi mendalami ilmu agama.

Walaupun bersara ketika namanya masih berada di kemuncak, Azmil kali terakhir dilihat beraksi di layar perak menerusi filem Puteri Gunung Ledang pada 2004, selepas dipujuk sahabat lamanya, Puan Sri Tiara Jacquelina. Allahyarham berdepan dengan dua kegagalan rumah tangga namun masih menjalin hubungan baik dengan bekas-bekas isterinya.

Melalui perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Shamira. Manakala bersama isteri kedua, beliau dikurniakan empat anak iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri dan Nur Alia Iman.

Biodata

Nama penuh : Mohd Azmil Mustapha Kamil
Nama Komersial : Azmil Mustapha
Umur : 65 tahun
Tarikh lahir : 1 Januari 1953
Asal : Port Dickson, Negeri Sembilan
Anak : Nur Shamira, Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri dan Nur Alia Iman
Filem : Mekanik (1983), Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986), Suara Kekasih (1986), Kepala Angin (1987), Driving School (1990), XX Ray 2 (1995), Iman Alone (1998), Hanya Kawan (1997) dan Puteri Gunung Ledang pada 2004.

Sumber:bharian Via Majalah Harian.com

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

P3rginya tokoh Ulama Dunia Islam Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi,إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Dunia Islam dikejutkan dengan pem3rgian tokoh Ulama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi sepertimana yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *