Perbuatan mer0kok sememangnya diketahui terkenal dengan kesan yang memu.d4ratkan kepada k3sihatan.
Merok0k selalunya dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti ker0sakan paru-paru, mas4lah berkaitan kesub0ran, str0k, kans3r dan sebagainya.
Bahkan, mengikut pandangan Islam, hukum mer0kok adalah haram kerana membahayakan kesihatan selain memberi mud4rat kepada orang lain serta memb4zir.
Kita maklum mer0kok h4ram dalam Islam, namun bagaimana pula agaknya jika solat berimamkan seorang per0k0k.
Menjawab persoalan ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada penjelasannya.
Dr Zulkifli tampil menjawab soalan daripada seorang individu yang bertanyakan “Imam kampung saya per0k0k. Bolehkah saya solat di belakangnya? Sah ke? Atau lebih baik saya solat seorang diri?”
Katanya, berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, Muzakarah telah memutuskan mer0k0k itu adalah har4m mengikut pandangan Islam.
Antara kriteria imam adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah riwayat daripada Abu Mas’ud al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Yang menjadi imam kepada sesebuah kaum itu adalah mereka yang paling mahir terhadap Kitab Allah [al-Quran]. Sekiranya mereka setanding dalam bacaan maka [dahulukan]) yang paling berilmu tentang al-Sunnah [untuk menjadi imam]. Sekiranya pengetahuan mereka terhadap Sunnah itu sama maka yang menjadi imam adalah mereka yang paling awal berhijrah. Sekiranya mereka sama dalam berhijrah pula dahulukanlah mereka yang paling awal memeluk agama Islam.
Manakala dalam hadis riwayat Imam al-Tirmizi, Nabi S.A.W menyebut:
فَأَكْبَرُهُمْ سِنًّا
Maksudnya: Yang paling tua umurnya.
Individu yang paling mahir terhadap al-Qur’an juga bermaksud paling banyak menghafal al-Qur’an atau paling baik bacaan al-Qur’an.
Dalil paling mahir itu bermaksud paling banyak menghafal adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar beliau berkata:
لَمَّا قَدِمَ الْمُهَاجِرُونَ الْأَوَّلُونَ الْعُصْبَةَ -مَوْضِعٌ بِقُبَاءٍ – قَبْلَ مَقْدَمِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، كَانَ يَؤُمُّهُمْ سَالِمٌ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ ، وَكَانَ أَكْثَرَهُمْ قُرْآنًا
Maksudnya: Ketika mana golongan Muhajirun yang terawal sampai di ‘Ushbah – iaitu sebuah kawasan di Quba’ – sebelum ketibaan Rasulullah S.A.W, yang menjadi Imam kepada mereka pada ketika itu adalah Salim yang merupakan maula kepada Abu Huzaifah, dan beliau merupakan individu yang paling banyak menghafal al-Quran dari kalangan mereka.
Imam al-Nawawi dalam syarah beliau ke atas hadis Abu Mas’ud al-Ansari menambah satu lagi ciri yang menjadi keutamaan dalam menjadi imam solat iatu faktor kewarakan seseorang. Kata beliau:
ولنا وجه اختاره جماعة من أصحابنا : أن الأورع مقدم على الأفقه والأقرأ لأن مقصود الإمامة يحصل من الأورع أكثر من غيره
Maksudnya: Dan kami mempunyai suatu pendapat yang dipilih oleh sekumpulan dari kalangan ashab kami (ulama al-Syafi’iyyah) yang menyebut bahawa individu yang paling warak diutamakan ke atas orang yang faqih dan lebih mahir tentang al-Quran. Ini kerana tujuan menjadi imam itu akan terhasil lebih banyak dari orang yang warak berbanding selainnya.
Manakala antara imam yang dim4kruhkan untuk diikuti ialah ahli bid4ah dan orang yang f4siq (mereka yang dikenali kerap berbuat maksi4t).
Namun jika bertembung antara mana yang lebih afdhal; solat bersendirian atau berjemaah dengan ahli bid4ah atau orang f4siq, maka di sini ada perbezaan pendapat.
Imam Ibn Hajar al-Haitami menyatakan lebih baik bersolat sendirian, manakala Imam al-Ramli pula berkata bersolat jemaah bersama mereka adalah lebih afdhal.
Coret Dr Zulkifli, kesimpulannya, tidak sepatutnya seorang imam solat berjemaah itu adalah seorang per0k0k sekalipun hukum solat mengikutnya adalah sah.
“Berdasarkan fatwa Imam al-Ramli dalam hal berimamkan ahli bida4h atau orang f4siq, saya cenderung lebih afdhal solat berjemaah dengan imam per0k0k daripada solat berseorangan,” katanya.
Pun begitu, Dr Zulkifli menyarankan agar orang ramai berusaha untuk menasihati per0k0k tersebut supaya berubah ke arah yang lebih baik.
Perkongsian artikel berjudul Imamku Per0k0k itu menarik perhatian ramai. Kebanyakan pembaca menyokong penulisan tersebut dan menyifatkan golongan per0k0k terutamanya individu beragama Islam perlu berusaha meninggalkan tabiat yang memud4ratkan kesihatan itu.
Isu yang diketengahkan Dr Zulkifli menerusi ruangan dikenali sebagai Maktabah al-Bakri itu mendapat lebih 12,000 tanda suka dan 2,000 shares selepas dimuat naik di laman Facebook beliau kelmarin.
Sumber: Maktabah al-Bakri via Sinar Harian
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/