Home / National / “Saya Kini 4snaf” – Ali XPDC

“Saya Kini 4snaf” – Ali XPDC

Kuala Lumpur: Penyanyi, Ali XPDC mengakui dia kini adalah golongan asn4f selepas lebih setahun tidak bekerja dan tiada sebarang pendapatan.

Ali, 53, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata, dia kini menerima bantuan sebanyak RM600 dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Syukurlah LZS banyak membantu saya dan keluarga untuk meneruskan hidup kami. Terima kasih banyak-banyak,” katanya yang diraw4t di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, kerana mengalami masalah s3mput dan l3mah jantung sejak 2 September lalu.

Ali berkata, dia juga bersyukur kerana kos rawatan di PPUM itu turut ditanggung pihak LZS.

“Kalau nak harapkan saya memang tak ada duit nak membayarnya,” katanya yang mempunyai lima anak yang masih belajar.

Ali mengakui sejak penularan C0v!d-19 dan sukar untuk bekerja, dia membuang rasa malu untuk meminta bantuan termasuk menerusi laman sosial kerana memang amat terd3sak.

“Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak LZS, individu dan peminat yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ali juga gagal menjalani pem3riksaan Magnetic Res0nance Imaging (MRI) di PPUM semalam kerana mengalami kesuk4ran bern4fas.

“Proses itu separuh jalan saja. MRI semalam saya tak lepas. Sekejap sangat. Saya tak tahan bern.afas kat dalam itu.

“Jadi saya kenalah buat temujanji semula dengan doktor selepas ini pada masa lain. Apapun, alhamdulillah saya dah boleh balik petang ini dan berehat di rumah,” katanya.

Ali mula mengalami masalah s3mput sejak hujung Ogos lalu. Dia kemudian membuat pemeriksaan di PPUM sebelum ditahan di wad untuk rawatan lanjut pada 2 September lalu.

Malam tadi, satu majlis bacaan Yassin dianjurkan golongan rockers era 1990-an yang dipimpin Ustaz Zulkefli Hamat bagi mendoakan kesembuhan Ali.

“Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya dengan bacaan Yassin semalam. Pagi ini saya rasa lapang sangat kerana berkat doa semua,” katanya.

Pada 26 Mac tahun lalu, Ali pernah mel3cur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika membakar sampah di rumahnya.

Pende.ritaannya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan bagi meringankan bebannya.

Daroyah turut membantu Ali mendapatkan bantuan dari LZS bagi menampung perbelanjaan mendapatkan raw4tan selain kehilangan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

 

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *