Hidayah itu milik Allah SWT, berbagai cara dan asbab seseorang yang terpilih diberikan hidayah-Nya dan seterusnya memeluk agama yang diredhai oleh Allah SWT sepertimana perkongsian di dalam kisah ini.
PORT DICKSON: “Malam tadi (kelmarin) saya mimpi didatangi seorang wanita berpakaian putih, bercahaya mengajak saya masuk Islam.
“Badannya, bajunya, mukanya berkelip-kelip, bersinar, dia cakap agar saya jangan risau, dia boleh tolong ajarkan (tentang Islam), lepas tu saya terbangun dan rasa macam tak percaya tetapi sangat gembira,” kata saudara baru, Lucy Nawi, 59, ketika ditemui di rumahnya di Tanah Merah Site C, Chuah di sini petang semalam.
Lucy berkata, mungkin kerana sebelum ini ketika waktu siang beliau memberitahu hasrat memeluk agama suci itu sudah lama ada kepada Ketua Muslimat PAS Port Dickson, Bashariah Shaari, yang mengunjunginya bagi menghantar bantuan barangan makanan harian.
“Pagi tadi (semalam) dia datang lagi ke rumah saya terus membawa saya ke Pejabat Agama Islam Port Dickson. Saya mengucapkan dua kalimah syahadah yang disempurnakan Mudir Pondok Moden Darul Solah, Ustaz Mahfuz Roslan bersaksikan pegawai pejabat Agama.
“Sebaik saya melakukannya, terasa seperti sangat bahagia kerana akhirnya hasrat saya tercapai pada usia emas ini. Baru saya rasa bagaimana seronoknya seolah-olah baru dilahirkan,” kata nenek kepada dua cucu, Jhoshua Arifazul Akhbar, 13, dan adiknya Siti Madinatul Zulhaziah, 9.
Sebelum ini media pada 20 Julai tahun lalu, pernah menyiarkan kisah Lucy yang beragama Kristian tetapi menjaga dua cucunya yang beragama Islam. Lucy berkata, dia berminat menggunakan nama ‘Aisyah’ seperti yang dicadangkan Yang Dipertua PAS Port Dickson, Ustaz Abdul Fatah Zakaria, sempena nama isteri Nabi Muhammad.
“Nama belum daftar secara rasmi lagi tetapi saya tertarik dengan nama Aishah seperti yang dicadangkan ustaz semalam. Mungkin juga dengan nama ini membuatkan saya lebih bersemangat. “Dari dulu saya terfikir bagaimana dengan nasib dua cucu saya jika saya m4ti dulu kerana mereka tiada sesiapa dan andainya saya tidak Islam, tentu lebih menyukarkan mereka.
“Alhamdulillah, kedua cucu saya sangat gembira bila mendapat tahu saya ikhlas nak peluk Islam dan saya sangat bersyukur sudah muslim sekarang, dapatlah kami bertemu di akhirat nanti,” katanya yang berasal dari Sibu, Sarawak. Lucy berkata, Islam bukan asing dalam keluarganya kerana selain dua cucu ini, abang dan dua adik perempuannya, terlebih dahulu memeluk Islam sejak puluhan tahun lagi.
“Sekarang saya rasa kehidupan makin tenang, yang penting cucu rasa selamat, mungkin atas doa mereka melembutkan hati saya menerima Islam. Saya tidak bekerja sejak 13 Januari tahun ini kerana kilang dobi tempat saya bekerja terpaksa membuang pekerja akibat pandemik C0V!D-19.
“Buat masa sekarang, saya hanya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk kegunaan pendidikan dua cucu saya, manakala sewa rumah RM350 sebulan dilunaskan Baitulmal sehingga bulan Februari tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Bashariah berkata, BELIAU tidak menyangka pelawaan untuk memeluk Islam disambut dengan linangan air mata. “Lucy sudah lama berhasrat nak memeluk Islam tetapi tidak tahu nak mengadu kepada siapa. Saya melihat dia seperti tercari-cari arah pegangan hidup. “Saya harap dia akan menjadi muslimah sejati dan dalam masa yang sama akan turut memantau perkembangan Lucy dari masa ke semasa dan tambahan sekarang ini dia tidak bekerja, mereka sekeluarga perlu dibantu,” katanya.
Sumber:m.update via majalah harian .com
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/