Home / National / ‘Sekeping Nota Seribu Makna’ Didikan Yang Baik Melahirkan Individu Yang Berjiwa Suci… Kecil-Kecil Dah Pandai Berbuat Kebaikan, Alhamdulillah

‘Sekeping Nota Seribu Makna’ Didikan Yang Baik Melahirkan Individu Yang Berjiwa Suci… Kecil-Kecil Dah Pandai Berbuat Kebaikan, Alhamdulillah

Tahniah diucapkan kepada ibubapa dan warga pendidik kepada pelajar ini yang berjaya membentuk akhlak yang baik dan berjaya diterjemahkan dengan tingkah lakunya sehingga mengundang rasa terharu dan sebak netizen di atas tindakannya ini sepertimana perkongsian di laman sinar harian.

“Terima kasih selalu bersihkan sekolah, selalu sentiasakan sekolah bersih. Ni ada saya belanja sikit”

Begitulah isi sekeping nota kecil yang dijumpai oleh Cikgu Muhamad Zamri Abdul Rahim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pulai Perdana, Kulai, Johor, pada 2020.

Menurut Cikgu Muhamad Zamri yang juga guru Sains , tulisan tangan pada nota tersebut adalah milik pelajar Tingkatan Dua Ibnu Khaldun, Areanna Haziqah Hishamuddin.

“Nota ini ditampal di pintu stor sekolah yang terletak di belakang bangunan.

“Biasanya stor ini menjadi tempat tiga tukang kebun sekolah atau pekerja pembersihan yang berbangsa India untuk meletakkan barang mereka,” katanya ketika ditemu bual wartawan GPSBestari menerusi panggilan telefon.

Selain nota, cikgu ini turut menjumpai tiga botol mineral, tiga keping roti dan biskut yang telah diletakkan di dalam bungkusan plastik merah.

“Makanan tersebut ada di hadapan stor sekolah. Jadi saya beranggapan, nota dan makanan ini diberikan kepada ketiga-tiga tukang kebun kami,” katanya yang berada di sekitar kawasan berkenaan pada jam 4 petang, pada hari tersebut.

Tidak lama kemudian, kelihatan seorang tukang kebun berbangsa India menuju ke stor berkenaan.

“Uncle Muthu, ini ada nota dan sedikit makanan. Ada pelajar yang bagi. Saya hanya tahu nama menerusi nota yang dijumpai di sini.

“Terima kasih banyak cikgu. Jika cikgu jumpa dia, sampaikan ucapan ribuan terima kasih padanya”

Dalam pada itu, wartawan GPSBestari sempat bertanyakan perasaan cikgu ini berkenaan kisah tersebut.

“Saya merasa bangga dan terdetik rasa insaf dalam diri atas keprihatinan pelajar ini. Kita sudah biasa melihat pelajar yang menghargai guru, tapi kali ini kita melihat pelajar yang menghargai pekerja yang setiap hari menabur bakti dalam menjaga kebersihan sekolah.

“Amalan ini patut diinsafi oleh semua warga sekolah bukan sahaja pelajar malahan kepada semua guru. Semoga ia menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya yang memasang harapan agar kita sentiasa berbuat baik sesama manusia tanpa mengira batasan agama dan kaum. Sesungguhnya medium dakwah yang terkesan adalah melalui paparan akhlak kita.

Sumber: gpsbestari.sinarharian.com.my

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

 

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *