Home / National / Sekilas Pandang Remaja Ini Seakan Artis KPOP, Namun Siapa Sangka Remaja Tampan Berambut Panjang Berasal Dari Amerika Ini Sebenarnya Juara Tahfiz Quran Di Dubai

Sekilas Pandang Remaja Ini Seakan Artis KPOP, Namun Siapa Sangka Remaja Tampan Berambut Panjang Berasal Dari Amerika Ini Sebenarnya Juara Tahfiz Quran Di Dubai

Wajahnya tampan, serta rambutnya panjang. Sekilas pandang remaja ini disangka artis muda.

Dari penampilannya, ramai orang yang tak menyangka, dia adalah seorang juara dunia penghafal Qur’an. Semua sangkaan pudar saat remaja ini tampil ke depan dan menjawab soal dari juri  Tahfidz Quran dan mulai melafalkan ayat-ayat Quran.

Tak Disangka, Remaja Berambut Gondrong Ini Ternyata Juara Hafidz Quran – Bangka Pos

Hafalan yang kuat serta suara yang merdu membuat semua hadirin terpegun dan kagum. Dialah Hamzah Al-Habashy, remaja asal Amerika Serikat berusia 14 tahun. Atas kegigihannya menghafal Al-Quran, ia akhirnya berhasil menajdi juara 2 Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) 2015. Simak video inspiratif Remaja AS ini ketika melafalkan ayat-ayat Quran.

Kelebihan membaca al-Quran

Bulan Ramadan adalah bulan sekalian orang Islam sibuk dalam memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa yang digandakan pahala oleh Allah SWT kepada pelaku ibadat sebagaimana juga digandakan d0sa seseorang apabila melakukannya kerana berada di bulan yang mulia.

Shaykh Ibn Alan al-Syafie menyatakan dalam Syarah Riyadh al-Solihin, d0sa seseorang tidak akan digandakan melainkan dia berada di bulan-bulan haram dalam Islam, bulan Ramadan berada di Makkah dan dia seorang yang dekat dengan Allah SWT. Antara ibadah yang dituntut untuk memperbanyakkan amalannya di bulan Ramadan ialah membaca al-Quran.

Bukan itu sahaja, bahkan Shaykh Abu Bakr Shatha menyebutkan dalam Hashiyah I’anah al-Thalibin bahawa dituntut sebagai sunat muakkad juga untuk bertadarus al-Quran dalam bulan Ramadan dengan dibacakan ayat kepada orang lain dan orang lain membacakan ayat kepadanya.

Selain itu, Imam Abdullah al-Haddad dalam Nasa’ih al-Diniyyah menjelaskan bacaan al-Quran merupakan ibadah yang paling afdal, cara mendekatkan diri kepada Allah SWT yang paling agung, ketaatan yang paling besar, pahalanya cukup besar dan mulia.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Fatir ayat 29-30 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah SWT, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi agar Allah SWT menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan kepada mereka daripada kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”

Imam Ibn Kathir menukilkan daripada Qatadah dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim bahawa Mutharrif bin Abdullah apabila membaca ayat ini, beliau mengatakan ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang suka membaca al-Quran.

Selain itu, daripada Abdullah bin Mas’ud RA mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebaikan digandakan kepada sepuluh kebajikan. Aku tidak berkata alif lam mim itu satu huruf akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” – (HR al-Tirmizi). Namun begitu, perlu diingat apabila seseorang membaca al-Quran maka hendaklah dia menjaga segala hukum tajwid dan perkara yang berkaitan dengan makhraj huruf supaya kalam Allah SWT yang dibaca mendapat pahala bukan sebaliknya.

Hal ini kerana Shaykh Nuh al-Kelantani memberikan pandangan dalam Tuhfah al-Sibyan fi Tajwid al-Quran bahawa haram seseorang membaca al-Quran dengan lahn (salah) sama ada lahn al-jaliy (kesalahan yang jelas) ataupun lahn al-khafiy (kesalahan yang tersembunyi) sekalipun. Shaykh Zayn al-Din al-Malibari menyatakan dalam Fath al-Mu’in bahawa waktu bacaan al-Quran yang paling afdal di waktu siang adalah selepas Subuh sedangkan waktu bacaan paling afdal di waktu malam adalah pada waktu sahur.

Bacaan al-Quran dalam sembahyang merupakan bacaan yang paling afdal berbanding di luar sembahyang sehinggakan Imam al-Nawawi menyatakan dalam al-Azkar bahawa memanjangkan berdiri ketika sembahyang kerana membaca al-Quran lebih afdal berbanding memanjangkan sujud dan selainnya.

Adapun bacaan al-Quran di luar sembahyang maka waktu yang paling afdal untuk membacanya ialah waktu malam bahkan separuh akhir kedua malam lebih utama berbanding separuh awal malam. Imam al-Nawawi menyatakan lagi dalam al-Azkar bahawa jikalau bacaan al-Quran dilakukan pada waktu siang maka afdalnya selepas Subuh. Penetapan waktu sebegini tidak membawa maksud membaca al-Quran selain daripada waktu yang tersebut menjadi makruh bahkan boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja sebagaimana tidak juga menjadi makruh jikalau dibaca al-Quran pada waktu yang diharamkan sembahyang sunat.

Adapun pandangan Shaykh Ibn Abi Dawud yang menukilkan daripada guru-gurunya bahawasanya makruh membaca al-Quran selepas Asar kerana ia merupakan waktu pembelajaran orang Yahudi itu dikritik oleh Imam al-Nawawi bahawa pandangan tersebut tiada asalnya. Shaykh Abu Bakr Shatha menyebutkan dalam Hashiyah I’anah al-Thalibin bahawa ulama menyatakan afdal membaca al-Quran pada waktu malam berbanding siang kerana dapat menghasilkan khusyuk dan tadabbur yang tidak didapati keduanya pada waktu siang.

Hal ini kerana dituntut bagi pembaca al-Quran untuk memahami dan mentadabburi al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Sad ayat 29 yang bermaksud: “Kitab yang diberkati Kami turunkan kepada engkau supaya mereka dapat bertadabbur ayat-ayat-Nya.” Di samping itu, syarak menuntut juga setiap orang dapat mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang tertentu. Shaykh al-Malibari menukilkan dalam Fath al-Mu’in pandangan Abu al-Laith yang menyatakan dalam al-Bustan bahawa dituntut orang yang membaca al-Quran untuk mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali dalam setahun jikalau tidak mampu mengkhatamkan lebih daripada kadar tersebut.

Bukan itu sahaja, bahkan Imam al-Nawawi menerangkan dalam al-Azkar bahawasanya dituntut pada seseorang itu menjaga bacaan al-Quran sama ada pada waktu siang atau malam dan sama ada waktu mukim atau musafir kerana menjadi adat zaman salaf memeliharanya. Beliau menyatakan bahawa zaman salaf ada yang mengkhatamkan al-Quran dua bulan sekali, sebulan sekali, 10 hari sekali, 8 hari sekali, 7 hari sekali, 4 hari sekali, 3 hari sekali, 1 hari sekali, 2 kali sehari semalam, 3 kali sehari semalam dan paling banyak sekali ialah 8 kali sehari semalam iaitu 4 kali khatam sebelah siang dan 4 kali khatam sebelah malam. Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa sewajarnya seseorang mengkhatamkan dua kali dalam setahun untuk menunaikan haknya terhadap al-Quran sedangkan Imam Ahmad menghukumkan makruh orang yang tidak mengkhatamkan al-Quran bahkan melewatkannya lebih 40 hari. Imam al-Ghazali menjelaskan dalam Ihya’ Ulum al-Din bahawa afdal seseorang mengkhatamkan al-Quran dalam dua rakaat Subuh atau selepas sembahyang Subuh pada waktu siang ataupun dalam sembahyang Maghrib atau selepasnya pada waktu malam.

Kesemua pandangan ulama ini supaya umat Islam dapat menggalakkan dirinya membaca al-Quran sehingga khatam sepertimana amalan salaf al-soleh dahulu. Tambahan lagi, makin bertambah dan reda Allah SWT kepada seseorang apabila membaca kalam-Nya yang mulia dengan tepat sehinggakan sebahagian ulama menyatakan doa yang diminta selepas khatam al-Quran itu akan dikabulkan dengan izin Allah SWT kerana ia merupakan waktu mustajab. Shaykh Abu Bakr Shatha menukilkan pandangan Thalhah al-Tabi’e daripada al-‘Araj dalam Hashiyah I’anah al-Thalibin bahawa sangat dituntut seseorang berdoa selepas khatam al-Quran kerana doa yang diminta selepasnya akan diaminkan oleh malaikat. Oleh itu, dalam bulan Ramadan yang mulia ini, perbanyakkanlah membaca al-Quran al-Karim bagi mereka yang mahir dalam membaca al-Quran.

Penulis Pelajar Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Sumber:youtube Via Majalah Harian .com & Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Dia seolah dapat merasakan riw4yat hidupnya akan ber4khir tidak lama lagi

Ajal m4ut ditangan tuhan, namun terdapat sesetengah manusia yang dapat menjangkakan akan peng4khiran bagi dirinya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.