PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilihat tenang menjalani kehidupan seperti biasa biarpun kh4bar angin berkaitan dirinya bertiup k3ncang di laman media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Beliau turut mengambil peluang membawa keluarga tersayang bercuti ke Pulau Langkawi yang menjadi destinasi gelembung pelancongan domestik baru-baru ini.
“Selalu sibuk. Beberapa hari ini dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ya. Hidup hanya hendak sukakan Allah iaitu untuk mendapat reda Allah,” ujarnya di laman Faceb00k semalam.
Ebit menerusi laman Instagram turut berkongsi sebuah klip video memaparkan beliau dan isteri kelihatan ceria menaiki jet ski di sekitar pantai pulau peranginan berkenaan.
Tangkap layar hantaran Instagram dan perkongsian video Ustaz Ebit menaiki jet ski bersama isterinya baru-baru ini.
“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tidak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tidak tahu hendak ucap bagaimana.
“Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syuk0r hadir bila kita kenal Tuhan. Kenal Allah,” tulisnya semalam.
Beliau berkata, kita perlu menghargai keluarga serta insan yang dicintai kerana Allah dan di samping turut mengingatkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya untuk mendapat keredaan dan kasih sayang Maha Pencipta.
“Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat lapan bilion manusia seluruh Alam,” tulisnya.
Semalam, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan satu perbualan gang.guan s3ksu4l yang did4kwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Dalam pada itu, pendakwah bebas, PU Syed turut menulis status panjang lebar dalam Facebook meminta agar Ebit berhenti mendiamkan diri dan melakukan sesuatu terhadap segala fitn4h dan dakw44n dil3mparkan terhadap dirinya.
Sumber: K! ONLINE
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/