Home / National / Syafakallah.. Ezad Lazim Mohon Doa Orang Ramai Agar Adiknya Sembuh dan Kembali Sihat

Syafakallah.. Ezad Lazim Mohon Doa Orang Ramai Agar Adiknya Sembuh dan Kembali Sihat

Kuala Lumpur: Penyanyi, Ezad Lazim, 42, memohon didoakan kesihatan adik bongsunya, Mohd Rizal Mohamad Lazim, 35, yang kini ditidurkan akibat jantung bergerak laju serta j4ngkitan kum4n dalam darah dan dirawat di H0spital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ezad dihubungi berkata adiknya itu dimasukkan ke h0spital berkenaan pada minggu lalu, selepas kurang sihat hampir sebulan akibat dem4m yang tidak menentu dan ia bukan disebabkan jangkitan C0v!dI9.

“Daripada apa yang dimaklumkan oleh kakak saya, Mohd Rizal s4kit dan dimasukkan ke h0spital untuk rawatan lanjut bukan kerana jangkitan C0v!dI9, tetapi dia mempunyai masalah peny4kit lain.

“Mengikut kata doktor yang merawatnya, adik saya ada jangkitan kum4n dalam darah dan jantungnya bergerak laju. Jadi, untuk rehatkan jantung dan membantu pernafasannya, dia sudah ditidurkan sejak semalam,” katanya kepada Harian Metro.

Ezad berkata dia kini dalam proses menguruskan dokumentasi untuk ke balai polis bagi membuat permohonan rentas negeri, balik ke Kedah bagi mengetahui keadaan sebenar penyakit dihidapi adiknya itu.

“Saya memang risaukan keadaan adik sekarang dan mahu balik ke Kedah untuk tahu keadaan sebenar kesihatannya dan apa peny4kit yang dihidapi sehingga menyebabkan dia boleh krit!kal seperti ini.

“Pada saya, apabila doktor sudah minta pesakit ditidurkan, ia bermakna s3rius dan krit!kal. Saya jadi tidak sedap hati dan fikir macam-macam, ditambah adik pula belum berkahwin lagi dan tinggal sendiri selepas ayah m3ninggal dunia pada 2019 dan emak, tahun lalu.

“Selama ini pun, memang adik saya yang menjaga ayah dan emak di kampung sehingga mereka mengh3mbuskan nafas terakhir. Terlalu besar, peng0rbanan adik saya dalam keluarga kami dan sekarang dia pula jatuh s4kit,” katanya.

Justeru, Ezad memohon semua untuk membantu mendoakan kesihatan adiknya agar sembuh dan kembali sihat. Katanya, adiknya juga bekerja sebagai kakitangan kebudayaan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Saya nak cakap lebih mengenai peny4kit adik sekarang, memang tak boleh dan nak kena balik ke kampung dulu. Saya harap segala urusan untuk merentas negeri dipermudahkan.

“Apapun, untuk C0v!dI9 adik saya sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin. Apa yang saya harapkan kini, cuma dia sembuh dan sihat semula. Saya mohon, tolong sama-sama mendoakan adik saya,” katanya.

Terdahulu, pada Julai lalu Ezad dikejarkan ke H0spital Putrajaya selepas diserang penyakit gastrik kronik (GERD). Namun, dia yang sakit berterusan selepas dibenarkan balik ke rumah, dimasukkan pula ke pusat perubatan di Shah Alam untuk menjalani pembedahan akibat peny4kit itu.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *