Sebelum Ditidurkan. Wanita Ini Minta Untuk Masuk Islam.
Subhanallah… Hidayah itu milik Allah ❤️
Satu Perkongsian facebook page Malaysia Bertuah petang ini tentang seorang Aunty yang minta masuk Islam sebelum di tidurkan.
Dalam video yang berdurasi 1 minit 46 saat itu kelihatan seorang aunty mengucap dua syahadah mengikut seperti yang disebutkan oleh seorang frontliner bertugas.
Rakaman Video ada di bawah
Menurut status facebook Malaysia Bertuah, lokasinya di Hospital Sandakan.
Semoga dipermudahkan urusan auty dan kembali sembuh seperti biasa.
Dalam Perkongsian yang berlainan melalui laman Blok Peribadi Rasulullah SAW, admin cuba mendapatkan sedikit penerangan berkaitan dengan Hidayah agar memahami dengan lebih dalam pengertian Hidayah ini. Hasil carian yang dibuat admin berjaya menemui satu kupasan yang secara terperinci menerangkan maksud Hidayah seperti berikut;
HIDAYAH itu milik Allah, namun ianya perlu dicari bukan dinanti. Bukankah maksud “nasta’in” dalam surah al-Fatihah itu adalah pertolongan yang dipohon dengan cara berusaha terlebih dahulu, kemudian barulah boleh berserah kepada Allah SAW?
JANGAN dikatakan ‘hidayah belum datang’ kerana kita sebagai hamba Allah yang taat dan setia, sentiasa bersama hidayah-Nya melalui pelbagai ibadah harian. Namun kerana terlampau sibuk dan leka, ianya berlalu begitu sahaja kerana kita tidak serius mengambil kesempatan memohon kepada-Nya.
Hal ini mungkin kerana kita jadikan ibadah harian kita sebagai ritual (jasmani) sahaja tanpa memperkasakannya dengan unsur rohani (roh). Sebab itulah, walaupun ibadah kita banyak tetapi ia tidak mampu juga mencegahkan kita daripada melakukan pelbagai kemungk4ran.
IMAM an-Nawawi melalui “Al-Azkar” mencadangkan agar kita memperbanyakkan berdoa, bukan sahaja ketika menghadapi kesuk4ran tetapi juga ketika kita sihat, aman dan senang, termasuklah memohon untuk mendapatkan hidayah-Nya. Antara doa yang boleh diamalkan adalah:
“Ya Allah, tidak ada kemudahan selain yang Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menjadikan kesusahan itu mudah jika Engkau kehendakinya.”
(Riwayat Ibnu Hibban)
HIDAYAH
IBNU KATHIR menerangkan bahawa maksudnya “Hidayah adalah bimbingan dan taufik.”
AL-QURTUBI pula menjelaskan maksudnya “Kalimah ‘ihdina’ ialah doa dan keinginan daripada seorang hamba terhadap Allah SWT, “Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan bumbinglah kami ke arah jalan itu.”
PEMBAHAGIAN HIDAYAH
DR WAHBAH al-Zuhaili menyebutkan bahawa Allah SWT telah menganugerahi manusia dengan LIMA jenis hidayah yang dapat digunakan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat iaitu:
1. HIDAYAH Ilham Fitrah yang dimiliki oleh seorang bayi sejak ia dilahirkan.
2. HIDAYAH Pancaindera yang dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan.
3. HIDAYAH Akal yang dianugerahkan untuk membezakan diantara akal yang terc3mar atau akal yang dipandu oleh wahyu.
4. HIDAYAH Agama yang dikurniakan untuk menjadikan Islam sebagai cara kehidupan.
5. HIDAYAH Pertolongan dan Taufik untuk menempa jalan kebaikan dan keselamatan. Hidayah ini lebih khusus daripada hidayah agama. Dan HIDAYAH inilah yang Allah SWT perintahkan kepada kita untuk memohon kepada-Nya.
HIDAYAH kategori pertama sehingga keempat merupakan hidayah umum manakala hidayah kategori kelima adalah hidayah khusus.
PARA ULAMA pula membahagikan hidayah kepada dua bahagian iaitu:
1. HIDAYAH UMUM
DINAMAKAN juga sebagai hidayah “dilalah wa irsyad” yang bermaksud hidayah yang berbentuk penjelasan dan penerangan tentang sesuatu yang baik dan yang bur0k. Hidayah seperti ini dijelaskan oleh Allah SWT:
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar memberi petunjuk (dengan al-Quran) ke jalan yang lurus.”
(Surah as-Syura: 52)
“Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepada mereka, namun mereka mengutamakan kes3satan daripada hidayah.”
(Surah Fussilat: 17)
2. HIDAYAH KHUSUS
DINAMAKAN sebagai hidayah “al-taufiq”. Sesiapa yang mendapat hidayah jenis kedua ini maka dia akan diberi pertolongan oleh Allah SWT agar dapat melakukan apa-apa yang dipinta kepada-Nya.
Jika kita memohon kepada Allah untuk berada di jalan yang lurus, maka Allah SWT akan membantu kita berada di atasnya. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyebutkan jenis hidayah ini, antaranya termasuklah:
“Mereka (para Nabi) itulah yang telah diberikan petunjuk (hidayah) oleh Allah.”
(Surah al-An’am: 90)
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.”
(Surah al-Qasas: 56)
HIDAYAH jenis inilah yang dimaksudkan oleh ayat keenam dalam surah al-Fatihah. Sesiapa yang mendapat hidayah jenis kedua ini, maka sudah tentu dia memperolehi hidayah jenis yang pertama. Manakala sesiapa yang memperolehi hidayah jenis yang pertama, belum tentu dia akan memperolehi hidayah jenis yang kedua ini.
HIDAYAH jenis ini hanya boleh diperolehi oleh orang yang berusaha bersungguh-sungguh mencarinya, sebagaimana firman Allah SWT:
“ORANG yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
(Surah al-Ankabut: 69)
PENUTUP
JIKA Hidayah adalah sekadar mengetahui jalan yang benar atau sal4h, maka kita hanya perlu mendapatkannya sekali sahaja. Tetapi untuk membuat sesuatu keputusan, kita perlu memintanya berkali-kali. Hal ini kerana walaupun kita telah mengetahui jalan yang betul dan sal4h, kadangkala kita tetap tersilap juga membuat keputusan berdasarkan neraca kita sendiri.
HIDAYAH umpama air yang perlu selalu diminum. Oleh itu, berdoalah setiap hari agar kita dikurniakan hidayah kerana tanpanya kita akan tersasar jalan.
DOAKAN juga agar mereka yang secara terang-terangan melakukan kesilapan turut dikurniakan hidayah, kerana mungkin mereka tidak tahu atau mungkin juga mereka telah tersasar jalan.
INILAH juga hikmahnya kita wajib membaca surah al-Fatihah ketika setiap kali mendirikan solat. Bacalah dia dengan hati yang khusyuk sambil mentadabur hikmah isinya serta dengan rendah diri memohon hidayah-Nya.
WALLAHU A’LAM.
Berdasarkan penerangan di atas maka beruntunglah sesiapa yang mendapat Hidayah daripada Allah SWT sepertimana yang dikurniakan oleh Aunty ini yang mendapat Hidayahnya sebelum ditidurkan. Allahuakbar… Saksikan perkongsian menerusi saluran Youtube Sham Vlog;
SUMBER: Sham Vlog dan Blog Peribadi Rasulullah
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/