Seremban: Tidak hanya ber.gantung kepada bantuan kerajaan semata-mata, sebaliknya seluruh umat Islam di negara ini diseru untuk menye.lamatkan pusat tahfiz yang kini umpama hidup s3gan m4ti tak mahu.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Abdullah Abdol Razak berkata, amat merugikan jika sesebuah pusat tahfiz ditutup kerana umat Islam di negara ini akan kehilangan institusi yang bakal memberikan manfaat kepada pembangunan Islam itu sendiri.
“Kerajaan sudah memberikan bantuan, namun masih terdapat sebahagian besar pusat tahfiz yang masih nya.wa-nya.wa ikan. Menjadi tanggungjawab umat Islam di negara ini untuk menyalurkan bantuan.
“Bayangkan sudah berapa ramai pendakwah dan alim ulama yang dilahirkan daripada pusat tahfiz ini yang akhirnya memberikan manfaat kepada umat Islam sendiri dalam usaha menyebarkan dakwah,” katanya ketika ditemui.
Beliau berkata, ada sesetengah daripada pusat tahfiz ini sudah dibangunkan sejak puluhan tahun dan telah menelan belanja ribuan ringgit untuk terus memberikan ilmu agama kepada anak bangsa.
“Sayang jika ditutup, banyak peluh keringat yang sudah dicurahkan untuk memastikan ia terus dapat beroperasi. Namun, dalam sekelip mata ia terpaksa ditutup akibat pan.demik C0v!d-19 yang melanda ketika ini.
“Saya menyeru seluruh umat Islam di negara ini supaya sama-sama menderma dan membantu untuk menyelamatkan pusat tahfiz ini,” katanya yang menguruskan 13 institusi pengajian berasaskan pengajian al-Quran milik Yayasan Sofa.
Harian Metro pada 30 Ogos lalu melaporkan Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) mendapati sebanyak 64.7 peratus maahad tahfiz di negara ini perlu menutup operasi atas arahan kerajaan.
Presidennya, Manolito Mohd Dahlan dilaporkan berkata, ia berdasarkan kajian pihaknya terhadap 512 maahad tahfiz di negara ini.
Katanya, kajian mendapati 11.7 peratus maahad tahfiz perlu memberhentikan semua kakitangan, mampu bayar separuh gaji (52 peratus), boleh bertahan tidak lebih tiga bulan (34.4 peratus), tidak menerima bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) (38.1 peratus) dan menerima yuran separuh atau kurang kerana ibu bapa tidak berkemampuan (85.4 peratus).
Sumber: Harian Metro.
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/