SHAH ALAM – Dua remaja m4ut apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.
Kedua-dua mangs4 dikenali Nur Afiqah Abdul Karim, 18, yang merupakan pemandu dan penumpangnya, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19,.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kec3masan pukul 1.51 pagi.
Katanya, pihaknya yang tiba tujuh minit kemudiannya mendapati kedua-dua mangs4 tersepit sebelum berjaya dikeluarkan pihaknya dan disahkan m3ninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
“Berdasarkan maklumat awal mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu lelaki berusia 24 tahun secara melawan arus di lokasi kejadian.
“Pacuan empat roda itu kemudiannya bertembung dengan dua mangs4 yang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pasukan Bomba cuba mengeluarkan mangs4.
Norazam menjelaskan, may4t kedua-dua mangs4 diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pemandu Mitsubishi Triton itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kec3deraan,” jelasnya.
Kema.langan itu turut tular menerusi video berdurasi 29 saat memaparkan detik-detik insiden tersebut dengan perakamnya menyifatkan pemandu Mitsubishi Triton itu mabuk. – K! ONLINE
Sumber: Kosmo Online
Sumber Video: Metro Tv (Youtube channel)
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/