Dr Zakir Naik Dalam Misi Mencari Calon Isteri Buat Anaknya, “Prefer” Yang Sanggup Tinggal Di Malaysia Dan Yang Boleh Menjadi Sumber Kekuatan Dan Bimbingan Buat Anaknya.
Penc3ramah terkenal, Dr Zakir Naik, kini sedang dalam misi mencari calon isteri buat anak lelakinya, Fariq Naik dan telah menyediakan ‘resume’ yang lengkap mengenai butiran anaknya bagi memudahkan urusan pencarian itu.
Menerusi kiriman di Facebook miliknya semalam, Dr Zakir mengatakan bahawa dia mencari seorang wanita Muslim yang berakhlak mulia dan boleh menjadi sumber kekuatan dan bimbingan buat anaknya.
“Sekiranya anda merupakan bapa atau saudara kepada wanita yang dirasakan layak untuk anak saya, dengan rendah hati saya memohon agar anda boleh memberi respon kepada saya bersama maklumat yang diperlukan,” katanya.
Menariknya, beliau juga telah memuatnaik satu infografik yang memaparkan mengenai ciri-ciri wanita yang dicari dan butiran terperinci mengenai anaknya. Salah satu ciri yang menarik perhatian adalah calon isteri kepada Fariq perlulah sanggup menjalani hidup di Malaysia kerana anaknya itu kini menetap di Putrajaya.
Fariq, 27, sememangnya terkenal kerana turut bersama-sama menjalankan kerja dakwah bersama bapanya, selain merupakan seorang hafiz Al-quran. Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia dan ramai yang mendoakan agar urusan mencari jodoh itu dipermudahkan.
Mungkin ada wanita yang berminat, di bawah ini merupakan butiran-butiran yang telah dikongsikan oleh Dr Zakir, bolehlah ‘r!sik-r!sik’ tengok macam mana.
Sumber: Dr Zakir Naik via majalah harian
PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/